Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Wawa berhabis setengah juta ‘beli jiwa’ stokis, ejen


PUTRAJAYA – Pelakon Wawa Zainal memperuntukkan hampir RM500,000 sebagai imbuhan kepada stokis dan ejen yang membantu menjana keuntungan Wawa Cosmetics bagi 2023 sehingga mencecah angka RM32 juta.

Katanya, penghargaan diberikan meliputi hadiah wang tunai kepada ejen dan stokis yang mempunyai nilai jualan tertinggi sepanjang tahun lalu, selain membawa rombongan seramai 33 orang mengerjakan umrah.

“Pekerja, stokis dan ejen adalah nadi Wawa Cosmetics sejak ditubuhkan enam tahun lalu sehingga kini mampu berdiri gah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Selain menghargai mereka dengan mengadakan majlis pengiktiran dan beri ganjaran wang, saban tahun kami juhamenganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah.

“Malam ini (semalam) kami peruntukan lebih RM100,000 wang tunai buat 10 stokis dan ejen terbaik, bahkan tahun ini buat pertama kali kami juga membawa rombongan Wawa Cosmetics ke Tanah Suci membabitkan lebih 30 jemaah ,” katanya kepada Kosmo! Online.

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, jika tiada aral rombongan syarikatnya itu dijadualkan berlepas ke Mekah hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akui ibu kepada empat cahaya mata itu, selain stokis dan ejen, pemergian ke Tanah Suci itu turut disertai Aeril dan anak ketiga mereka, Ayya Soffya yang kini sudah berusia empat tahun.

“Alhamdulillah, kami masih dapat dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang membantu mengukuhkan jenama syarikat, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus berdaya saing.

“Ini juga adalah umrah keempat kami berdua, cuma kali ini hanya dapat membawakan Ayya Soffya kerana abang dan kakaknya sedang menghadapi peperiksaan,” katanya selepas Malam Gala Wawa Cosmetics, di sini, malam tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun, suaminya tidak dapat hadir pada acara mega pengiktirafan tahunan syarikat mereka berikutan dalam fasa penyembuhan selepas mendapat serangan influenza.

“Sebenarnya dia disahkan influenza sejak beberapa hari lalu dan hari ini (semalam) sudah bebas kuarantin, cuma dinasihatkan berehat agar tenaganya betul-betul pulih.

“Insya-Allah, doakan kesihatan Aeril agar dia dapat menyempurnakan ibadah umrah ini,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menyentuh mengenai perkembangan syarikat, akuinya tahun ini pihak syarikat mensasarkan perolehan sebanyak RM50 juta yang juga sekali ganda daripada keuntungan pada 2023.

“Tidak mustahil kami mampu mencapai sasaran melihatkan keuntungan tahun ini yang juga bertambah sekali ganda pada tahun sebelumnya iaitu RM18 juta untuk 2022.

“Bersama sokongan pengguna selain semangat ditunjukkan semua stokis, ejen serta seluruh jentera syarikat kami, misi itu bukan mustahil,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement