Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

WHO beri amaran wabak taun di Turkiye dan Syria


LONDON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai wabak penyakit selepas bencana di kedua-dua kawasan tragedi gempa bumi iaitu di selatan Turkiye dan utara Syria.

Lapor Sky News, hal ini berikutan angka kematian di kedua-dua negara sudah mencecah 34,000 orang semalam dan dijangka terus meningkat.

Terdapat peningkatan risiko untuk mangsa-mangsa yang terselamat dijangkiti wabak pe­nyakit disebabkan oleh bilangan mereka yang ditempatkan di pusat perlindungan terlalu ramai dan sanitasi yang teruk dalam kawasan bencana.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Keadaan cuaca yang sejuk iaitu di paras negatif lima darjah Celsius turut menghalang usaha pasukan penyelamat untuk mencari mang­sa-mangsa yang masih hidup di bawah runtuhan bangunan.

Panel WHO yang bercakap di Syria berkata, negara itu bukan sahaja berdepan dengan suhu terlalu sejuk tetapi kini wabak penyakit berjangkit iaitu taun.

Malah, Pengarah Kecemasan Wilayah negara itu, Dr. Rick Brennan berkata, kira-kira 350,000 orang di Aleppo dan Latakia di Syria kehilangan tempat tinggal serta-merta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, katanya, menyediakan penjagaan sanitasi yang baik dan bersih adalah merupakan satu usaha dan komitmen yang besar.

Beliau berkata, kebanyakan mangsa kini ditempatkan di masjid, sekolah, gereja dan pusat-pusat perlindungan, tetapi ke­sesakan manusia itu yang menjadi masalah.

Sementara itu, Pengarah Ese­kutif WHO, Dr.Michael Ryan berkata, tidak perlu dibandingkan impak di kedua-dua negara kerana ia banyak bergantung pada tahap gempa bumi dan ketumpatan penduduk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada persoalan, pastinya di pihak Turkiye, mereka ada pe­ngalaman dari segi mencari dan menyelamat dan dari segi tindak balas bencana.

“Mereka mempunyai pengalaman yang sama dalam bencana pada masa lalu,” katanya.

BANTUAN KURANG DI SYRIA
Sehingga kini, terdapat kritikan berhubung jumlah bantuan yang sampai ke Syria iaitu kawasan yang paling teruk terjejas yang sebahagian besarnya dikawal oleh kumpulan militan Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana terdapat hanya satu lintasan sempadan yang dibuka dari Turkiye ke barat laut Syria dan konvoi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pertama hanya sampai ke kawasan itu pada Khamis lalu.

Penyelaras bantuan kecemasan PBB, Martin Griffiths berkata, pihaknya cuba memperbaiki aliran bantuan dengan segera ke Syria.

ANGGARAN KEMATIAN 50,000 ORANG
Dia memberitahu pemberita, lintasan sempadan tambahan dari Turkiye ke Syria mesti dibuka segera demi menyelamatkan mang­sa yang masih berada di bawah runtuhan bangunan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menteri Pembangunan United Kingdom, Andrew Mitchell juga mengakui bantuan Syria jauh ke­tinggalan berbanding negara jirannya, Turkiye.

Mitchell juga percaya jumlah kematian di kedua-dua negara boleh berakhir sekitar 50,000 orang.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement