Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Wings sedia gegarkan PJ Folklore 2022


MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya buat kali ketujuh bakal menganjurkan Festival Folklore Antarabangsa 2022 (PJ Folklore 2022) yang akan diadakan pada 28 November hingga 4 Disember 2022 nanti bertempat di Dataran Petaling Jaya dan Pusat Bandar Seksyen 52 Petaling Jaya.

PJ Folklore 2022 mengetengahkan konsep kepelbagaian, keunikan, keharmonian, kesenian rakyat, budaya komuniti tempatan dan antarabangsa, perkongsian ilmu dan ketamadunan negara-negara serta memupuk kasih sayang dan cintakan budaya negara-negara lain.

Festival yang turut melibatkan penyertaan kebudayaan dan pameran dari beberapa negara luar itu turut membawakan pelbagai acara percuma seperti PJ Fight Night, Pocket Show, Asian Food Festival, wayang kulit, persembahan kebudayaan rakyat dan dikir barat oleh pelawak dan juga pengacara, Issey Fazlisham.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara negara luar yang turut serta dalam PJ Folklore 2022 iaitu Indonesia, Korea Selatan, Filipina, Thailand, Mexico, Sri Lanka, Jepun dan Uzbekistan.

Penyertaan dalam negara pula menyaksikan wakil dari 10 buah negeri di Malaysia iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Menurut Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohammad Azhan Md. Amir, penganjuran PJ Folklore 2022 bertujuan mempromosikan bandaraya Petaling Jaya sebagai sebuah kota seni dan destinasi pelancongan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“PJ Folklore 2022 merupakan sebuah program yang dirangka oleh majlis untuk menghidupkan semula pusat bandar di Seksyen 52, selain sebagai usaha membangunkan Bandar Raya Petaling Jaya sebagai ‘city with soul’.

“PJ Folklore juga memfokuskan usaha untuk mewujudkan ruang interaksi sosial dalam kalangan penghuni bandar,” katanya.

PJ Folklore 2022 yang menyasarkan penyertaan peserta dan pengunjung seramai 30,000 orang itu juga merupakan usaha sama antara MBPJ dengan Kementerian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts dan Tourism Selangor.

| Kampungmamakcom
PJ FOLKLORE 2022 turut melibatkan penyertaan daripada peserta luar negara seperti Indonesia Filipina Mexico Korea Selatan dan Jepun

“Selain itu, penganjuran PJ Folklores 2022 juga merupakan antara agenda menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya mampan,” jelasnya.

Selain pertunjukkan kebudayaan dan pameran, acara persembahan oleh kumpulan rock legenda, Wings menerusi konsert Wings Ceritera Rakyat juga menjadi daya penarik kepada pengunjung untuk sama-sama hadir menjayakan festival.

“Kami menjemput kumpulan Wings untuk menjayakan konsert yang dipanggil Wings Ceritera Rakyat kerana yakin kumpulan muzik legenda itu dapat menarik minat orang ramai untuk hadir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Wings akan melakukan konsert secara percuma pada 3 Disember nanti bertempat di Dataran Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall,” jelas Azhan.

Wings menerusi potongan video yang dirakam sewaktu kumpulan itu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengerjakan ibadah umrah turut melahirkan rasa teruja dan berterima kasih kepada pihak MPBJ kerana menganjurkan festival berbentuk kebudayaan kepada masyarakat.

“Wings rasa cukup teruja dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat secara percuma pada konsert itu nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi kepada mereka yang ingin berhibur bersama kami, jangan lupa untuk datang ke Dataran Petaling Jaya pada 3 Disember nanti, pukul 9 malam,” katanya.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement