Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Hiburan

Ya, saya nak kahwin tapi di Zepp KL – Siti Nordiana


KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nordiana menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga  susulan tular foto memaparkan dia memakai baju pengantin baru-baru ini.

Bukan berkahwin, pemilik nama penuh Siti Nordiana Alias, 39, sebaliknya berkata busana pengantin itu dipakainya sempena pengumuman konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di Zepp Kuala Lumpur (KL) pada 11 Mei depan.

“Ya saya nak kahwin tetapi majlisnya akan berlangsung di Zepp KL pada Mei depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jadi saya nak jemput rakan media dan peminat ke sana meraikan konsert solo 25 tahun saya,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun di sini, hari ini.

Katanya, sesi fotografi memakai baju pengantin tersebut memang dilakukan sebagai bahan promosi konsertnya dan memohon maaf sekiranya mencetuskan salah faham ramai.

“Saya memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan bernikah selepas tersebar foto berbaju pengantin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Konsert ini ibarat perkahwinan bersama peminat yang sudah menanti lama konsert solo saya,” ujarnya.

Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun merupakan anjuran Icon Entertainment dan tiket mula dijual pada Jumaat ini menerusi platform www.ticket2u.com. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement