Akhirnya, Starbucks Drive Thru pertama di Kuching bakal buat opening esok!
Yang Ditunggu-Tunggu, Starbucks Drive Thru Pertama Di Kuching Mulai Beroperasi Esok. Yang ditunggu-tunggu oleh warga Kuching, Starbucks Drive Thru pertama di Kuching bakal beroperasi mulai esok hari.
Terletak bersebelahan dengan Petronas Jalan Stutong, peminat kopi Starbucks di Kuching boleh bersiap sedia untuk menyambut pembukaan cawangan Drive Thru baru yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Sebelumnya, cawangan Drive-Thru pertama di Sarawak adalah di Miri. Dan kali ini, ia meluaskan ke Kuching.
Starbucks merupakan salah satu jenama minuman popular di seluruh dunia dan telah mempunyai cawangan di pelbagai negara termasuk Malaysia.
Berita baik ini telah diumum oleh salah seorang pekerja di laman Facebook miliknya, menyatakan bahawa Starbucks Petronas Height Drive Thru bakal buat ‘Opening Celebration’ pada 26 Mei 2023 (esok).


Menariknya, anda boleh dapatkan minuman percuma untuk 100 orang terawal bagi mereka yang membawa tumbler Starbucks.
Dengan pembukaan cawangan drive-thru baru di Kuching, ini menunjukkan bahawa minat terhadap jenama Starbucks semakin meningkat di kalangan penduduk tempatan. Korang dah ready ke tuu?😝
Lagi artikel menarik, anda boleh baca pautan di bawah:
Artikel asal oleh: iloveborneo.my
