Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

YGMB sasar 10,000 guru jadi ahli setiap tahun


PORT DICKSON – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan seramai 10,000 orang guru menjadi ahlinya dalam setahun sebagai usaha memperkasa kebajikan dan perlindungan golongan pendidik itu di seluruh negara menerusi pelbagai kategori manfaat skim keahlian.

Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat berkata, ketika ini hanya seramai 5,000 hingga 6,000 guru menjadi ahli yayasan tersebut setiap tahun.

“Kami menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu kepada seramai 10,000 orang guru setahun. Oleh itu, kami akan melaksanakan pelbagai program kerjasama strategik bagi meningkatkan profesionalisme dan kesedaran guru-guru tentang manfaat menyertai YGMB,” katanya pada Majlis Pemberian Manfaat Keahlian YGMB sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-29 YGMB di sini hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehingga hari ini jelasnya, terdapat 100,000 keahlian guru yang menyertai YGMB di seluruh negara.

Sementara itu, Wan Munadi berkata, manfaat yang diterima ahli YGMB melibatkan lebih daripada 25 kategori termasuk khairat kematian, bencana, elaun hospital, hadiah kelahiran anak dan hadiah persaraan.-KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 JASIN – Sebanyak 9,000 kampit beras putih pek 10 kilogram (kg) akan dijual pada harga RM26 di program khas jualan terbuka di semua...

Mamak News

0 MANILA: Dewan Rakyat Filipina meluluskan belanjawan 2024 bernilai 5.768 trilion peso (AS$101.3 bilion atau RM476.9 bilion) termasuk peningkatan pembiayaan keselamatan di Laut China...

Sukan

0 PETALING JAYA – Gimnas negara, Sharul Aimy Kamaru Hisam mencipta kejutan apabila membawa pulang pingat gimnastik artistik Sukan Asia Hangzhou menerusi disiplin melombol...

Mamak News

0 Kebakaran Tahfiz: Pemuda Rayu Ke Mahkamah Persekutuan Terhadap Sabitan Bunuh PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) — Seorang pemuda memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan atas sabitan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications