Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Yogyakarta diselubungi kabus tebal, jejas penerbangan


YOGYAKARTA: Sejumlah wilayah di Yogyakarta diselubungi kabus tebal sejak beberapa hari lalu.

Keadaan itu juga berlaku di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Yogyakarta di Kulon Progo, terutamanya pada waktu pagi.

Menurut Ketua Stesen Meteorologi, Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) Yogyakarta, Warjono, kabus tebal itu kebiasaannya dikenali sebagai kabus pantai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, fenomena itu biasanya berlaku disebabkan perubahan kelembapan dari kawasan perairan ke kawasan darat.

“Waktu pagi atau ketika matahari mula keluar, permukaan darat memperoleh suhu panas lebih cepat berbanding permukaan laut.

“Disebabkan itu, tekanan udara di darat menjadi lebih rendah berbanding di laut, ekoran itu berlaku perubahan kelembapan yang akhirnya mencetuskan kabus tebal,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Warjono menjelaskan, fenomena tersebut boleh mengganggu aktiviti penerbangan.

Jelasnya, pihak berkuasa penerbangan perlu meneliti keadaan semasa dari semasa bagi memastikan jadual penerbangan berjalan lancar.

Dalam pada itu, fenomena kabus tebal itu dijangka berakhir pada Oktober hingga November tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masyarakat perlu berhati-hati memandu dan menunggang motosikal ketika kabus tebal ekoran jarak penglihatan yang terhad.

“Namun, kabus tebal itu aka mula beransur hilang pada pukul 7 hingga 8 pagi,” kata Warjono.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 BATAM: Pulau Rempang di Kepulauan Riau tidak jadi dikosongkan untuk memberi laluan kepada projek mega yang menyaksikan kerjasama Indonesia dengan China menerusi pembinaan...

Mamak News

0 PUTRAJAYA – Ternakan di negara ini dilaporkan bebas daripada penyakit Nipah di mana jangkitannya boleh tersebar melalui sentuhan langsung dengan haiwan terjangkit selain...

Mamak News

0 Warga Emas Jadikan Rumah Tempat ‘Timbunan’ Sampah, Abai Keselesaan Jiran IPOH, 25 Sept (Bernama) — Sikap terlalu prihatin terhadap alam sekitar menyebabkan seorang warga...

Mamak News

0 NEW DELHI, India – Kenaikan tinggi harga bahan masakan utama seperti tomato dan bawang menyebabkan kebanyakan penduduk di India mengurangkan atau tidak menggunakan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications