Hi, what are you looking for?

Sukan

Young Tigress terlepas tiket Piala Dunia Remaja


PETALING JAYA – Impian skuad hoki remaja wanita negara membuat penampilan kedua berturut-turut di pentas Piala Dunia Remaja tidak kesampaian bagi edisi 2023 di Santiago, Chile pada Disember nanti.

Ia berpunca daripada kegagalan Young Tigress menyambar tiga kuota diperuntukkan bagi benua Asia apabila gagal melangkah ke separuh akhir Piala Remaja Asia yang sedang berlangsung di Kakamigahara, Jepun.

Nasib tidak menyebelahi skuad negara apabila tewas 1-3 kepada Korea Selatan di Stadium Hoki Kawasaki Heavy Industries hari ini sekali gus menamatkan Kumpulan A pada kedudukan ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam aksi itu, Malaysia ketinggalan seawal minit keempat menerusi pukulan sudut penalti Sujin An sebelum Sungeun Song menggandakan kedudukan buat Korea Selatan pada minit ke-38.

MALAYSIA memberikan tentangan sengit walaupun tewas 1 3 kepada Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan A Piala Remaja Asia hari ini AHF

Bagaimanapun, Norshafiqha Ishak kembali merapatkan jurang, namun skuad negara terpaksa akur dengan kekalahan 1-3 kepada Korea Selatan selepas Yujin Lee meledak gol padang pada minit ke-48.

Anak-anak buah Lailin Abu Hassan perlu melupakan kekecewaan itu dan cuba bangkit menamatkan kejohanan sebagai pasukan kelima terbaik menentang Hong Kong pada aksi klasifikasi lima hingga lapan esok.

“Saya gembira dengan persembahan pemain yang menunjukkan kesungguhan tinggi dan memberikan tentangan hebat walaupun tewas hari ini. Saya tetap gembiran dengan keseluruhan aksi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Esok kita perlu bersiap sedia menentang Hong Kong. Pemain tak boleh ambil mudah sebab Hong Kong juga mahukan kemenangan,” kata Lailin.

MALAYSIA akan membuat perhitungan dengan Hong Kong untuk aksi klasifikasi lima hingga lapan Piala Remaja Asia esok AHF

Jika menang, skuad projek khas itu akan berdepan Kazakshtan atau Taiwan untuk penentuan tempat kelima dan keenam pada Ahad ini.

Sebagai rekod, Young Tigress beraksi pada Piala Dunia Remaja di Potchefstroom, Afrika Selatan tahun lalu selepas mendapat slot kosong daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menggantikan tempat Jepun.

Barisan pemain memanfaatkan peluang keemasan itu apabila menamatkan kejohanan di tempat ke-11 daripada 15 pasukan dalam penampilan pertama sejak Piala Dunia Remaja mula dianjurkan di Ottawa, Kanada pada 1989. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Sukan

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications