Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Youtuber Buat Teori, Dakwa Joy Boy Dalam Anime One Piece Diambil Dari Kisah Raja Jawa, Raja Joyoboyo


Tidak dinafikan, siri anime One Piece sememangnya sebuah anime yang sangat menarik diikuti dan memiliki jutaan peminat di seluruh dunia. Sejak pertama kali ke udara pada lewat 90-an, anime yang berdasarkan pengembaraan karakter Budak Getah atau Monkey D. Luffy bersama krunya untuk menjadi Raja Lanun kekal bertahan sehingga ke hari ini dan masih lagi diikuti para peminatnya setiap minggu.

Mencecah episod 1046 manga dan ‘tergantung’ buat sementara waktu pada episod 1013 anime, pelbagai watak sudah diperkenalkan kepada para peminat, namun ada juga watak-watak masih kekal misteri sekaligus menimbulkan perdebatan dalam komuniti anime tersebut. Salah satunya adalah watak Joy Boy, yang identitinya masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.

Justeru, kerana kekaburan yang menyelubungi watak ini, maka tak hairanlah banyak komuniti yang tampil mengemukakan teori berkaitan Joy Boy. Antara yang paling menarik adalah teori yang terbitkan oleh sebuah saluran youtube terkenal sebelum dilaporkan oleh sebuat portal berpangkalan di Indonesia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Dunia Gamers yang diambil dari saluran Youtube Ohara, mereka menampilkan teori yang mendakwa watak Joy Boy mungkin diinspirasikan daripada kisah seorang Raja Jawa yang dikenali sebagai Raja Joyoboyo. Menarik bukan teori ini?

”Ada kaitan sebenarnya Joy Boy dengan seorang Raja Jawa, Joyoboyo yang sangat terkenal dan beliau hidup kira-kira 900 tahun lalu.

”Raja Joyoboyo terkenal kerana pernah meramal kejatuhan kerajaannya di tangan sebuah kuasa asing. Persoalan lain juga timbul, bilakah kerajaan tersebut akan kembali ke zaman kegemilangannya?,” kata Ohara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut News.Detik, Raja Joyoboyo juga pernah meramal ketibaan ‘Ratu Adil’.

Perkongsian Ohara berkenaan kaitan JoyBoy dengan Raja Joyoboyo boleh didengari bermula pada minit 10:50.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

Beliau seterusnya turut menjelaskan bahawa kerajaan ini ada meninggalkan sebuah manuskrip yang merekodkan segala pertempuran yang berlaku pada zaman itu.

Berdasarkan fakta itu, Ohara berkata ia seolah-olah mempunyai perkaitan dengan Poneglyph, iaitu sebuah kiub batu yang merekodkan rahsia-rahsia lampau dalam dunia One Piece, termasuklah tragedi yang pernah melanda Kerajaan Purba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun menurut Ohara, ianya hanyalah sekadar teori dan peminat perlu menunggu sendiri pendedahan yang dibuat oleh Oda sensei (Eiichiro Oda) tentang siapakah sebenarnya Joy Boy.

Latar belakang Joy Boy

Joy Boy adalah sebuah watak misteri dalam siri One Piece yang dipercayai hidup dalam tempoh sekitar 800-900 tahun lalu atau dalam tempoh Void Century.

Setakat ini, yang diketahui hanyalah Joy Boy pernah memainkan peranan yang penting dalam penubuhan kerajaan Fish-Man Island. Nama Joy Boy pertama kali muncul dalam catatan Sea Forest Poneglyph. Dia dikatakan menghantar pulang semula sebuah kapal gergasi ke kerajaan berkenaan kira-kira 900 tahun lalu, manakala Poneglyph pertama kali dicipta kira-kira 800 tahun lalu dimana merekodkan permohonan maaf yang dibuat Joy Boy kepada Poseidon.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kapal berkenaan pada mulanya diserahkan kepada Joy Boy oleh kerajaan Fish-Man Island dalam satu perjanjian, yang mana, kapal itu dikatakan akan memainkan peranan dalam peristiwa penting dunia One Piece. Pemerintah Fish-Man Island yang menerima semula kapal berkenaan berikrar untuk melindungi kapal tersebut sehinggalah hari yang dinantikan tiba, dimana kapal berkenaan akhirnya akan ‘melaksanakan’ tugasnya.

Dengan kapal itu dipulangkan semula kepada Fish-Man Island, ini seolah-olah menandakan bahawa janji antara Joy Boy dengan Fish-Man Island tidak berjaya dipenuhi.

Berdasarkan fakta tersebut, dapat disimpulkan bahawa Joy Boy hidup dalam tempoh lebih 1 abad. Selain itu, Joy Boy juga didakwa sebagai pemilik sebahagian One Piece, iaitu harta yang menjadi rebutan para lanun dalam siri ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Ohara, Dunia Games, Fiction Horizon

Sumber: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement