Hi, what are you looking for?

Mamak News

Zahid Tiada Lagi Keabsahan Moral Selaku Presiden UMNO, Mesti Undur Segera


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

Calon Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin menegaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid tidak mempunyai keabsahan moral sebagai Presiden UMNO dan mesti berundur segera.

“Perundingan pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan mestilah tidak melibatkan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Beliau mungkin mempunyai nama sebagai Presiden tetapi beliau tidak mempunyai kuasa moral lagi untuk membuat keputusan bagi pihak UMNO,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Khairy turut menjelaskan bahawa daripada tahun 2018 beliau telah melawan untuk Ahmad Zahid naik sebagai Presiden UMNO, namun telah dibantah dan perlu memberikannya ruang.

Ujarnya, beliau berbuat demikian kerana masih lagi merupakan ahli UMNO dan mempunyai hak untuk bersuara.

“Kenapa sekarang baru nak bersuara?”
2018 saya lawan @DrZahidHamidi untuk Presiden UMNO. Lepas tu banyak kali cakap dia kena beri laluan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kau kalah tak payah komen.”
Saya masih ahli UMNO. Ahli UMNO ada hak bersuara. pic.twitter.com/TZGiwTsyJU

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 22, 2022

Terdahulu, media melaporkan Mesyuarat Tertinggi BN telah diadakan di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala lumpur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat itu telah dihadiri oleh beberapa pimpinan BN, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri M. Saravanan.

Turut kelihatan Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, Setiausaha Agung MCA Datuk Chong Sin Woon dan Pengerusi BN Melaka dan tiga Ahli Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Mesyuarat hari ini penting untuk menentukan pendirian BN sama ada akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) untuk melengkapkan jumlah kerusi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perundingan pembentukan kerajaan baharu tidak boleh melibatkan @DrZahidHamidi. Beliau tiada lagi keabsahan moral selaku Presiden UMNO dan mesti undur segera. He may be President in name, but he has no moral authority left to decide on behalf of UMNO.

— Khairy Jamaluddin 🇲🇾🌺 (@Khairykj) November 22, 2022

Sumber: Khairy Jamaluddin via Twitter

Advertisement. Scroll to continue reading.


Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. Satu kejadian gempa bumi dilapor melanda kawasan utara Filipina sebentar tadi, kira-kira pukul 11.05 malam. Menurut United States...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila sebatang p besar nyaris menghempap kereta jenis Perodua Kancil...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Perubahan iklim menyebabkan corak bencana alam berubah dan mengakibatkan banjir pada akhir...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KOTA BHARU – Kerajaan negeri berharap kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) meneruskan...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications