Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Zii Jia gagal sekat Naraoka 


KUALA LUMPUR – Langkah perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terhenti di peringkat suku akhir Terbuka India selepas gagal menyekat ketangkasan pemain pilihan kedua dari Jepun, Kodai Naraoka hari ini.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia ditangan pemain pilihan kedua tersebut sejak pertemuan terakhir mereka pada September di Terbuka China tahun lalu.

Pada saingan tersebut, Zii Jia yang turun selaku pemain ranking No. 10 dunia menampilkan perlawanan cukup baik pada set pertama apabila hanya memerlukan 26 minit untuk mengatasi pemain pilihan kedua itu dengan keputusan 21-13.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Zii Jia dihukum apabila dia melakukan kesilapan mudah sekali gus membolehkan Naraoka mencipta kebangkitan untuk menang dua set berikutnya 21-9, 21-16 sekali gus melangkah ke pentas separuh akhir.

“Saya sudah cuba melakukan yang terbaik dalam perlawanan hari ini. Apabila anda bermain menentang Naraoka, semuanya adalah mengenai kesabaran, anda perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

“Pada set kedua dan set ketiga terutamanya selepas 11 mata, saya hilang sabar dan ia memberi kesan kepada saya,” kata Zii Jia kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas tamat perlawanan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, Zii Jia tampil dengan perlawanan terbaik apabila mengatasi pemain Indonesia, Jonatan Christie dengan kemenangan straight set 21-15, 21-13 dalam tempoh 46 minit di Dewan Tertutup K D Jadhav di New Delhi.

Sementara itu, nasib sama menimpa beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai apabila turut kandas di peringkat suku akhir apabila tewas ketika berdepan pilihan kelima dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin 13-21, 13-12. -KOSMO! Online


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement