Hi, what are you looking for?

Sukan

Zii Jia mahu beraksi tanpa jurulatih


PEMAIN perseorangan lelaki No. 2 dunia, Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk berpisah de­ngan jurulatihnya dari Indonesia, Indra Widjaja.

Perkara itu diakui Indra, 48, yang menjelaskan beliau telah mengadakan perbincangan de­ngan pihak pengurusan Zii Jia pada Jumaat lalu dan kini kembali bersama keluarganya di Jakarta.

Bekas pemenang pingat gangsa perseorangan lelaki Piala Dunia 1997 itu bagaimanapun mendedahkan, terkejut dengan keputusan tersebut selepas apa yang dilalui mereka bersama sepanjang tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami adakan perbincangan sekembalinya di Kuala Lumpur selepas tamat kejohanan di Australia. Umumnya Zii Jia mahu pengalaman dan perjalanan yang baharu.

“Dia mahu bermain tanpa ada jurulatih. Saya mengerti apa yang dia mahu dan saya menghargai perancangannya. Kita berpisah secara baik-baik.

“Pastinya terkejut juga sebab apa yang telah kita lalui selama tahun ini. Tanggungjawab sangat besar, ujian dan kritikan juga begitu hebat,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara kejayaan bersama Zii Jia tahun ini adalah muncul juara Kejohanan Badminton Asia dan Terbuka Thailand selain naib juara Terbuka Denmark, tempat ketiga Terbuka Indonesia, All England serta Tebuka Jerman.

Sementara itu, pengurus Zii Jia, Lee Zii Yii mengesahkan mengenai perkembangan tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Indra yang telah menyumbang khidmat sepanjang melatih pemain itu sebelum ini.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 SHAH ALAM – Pelabuhan di Selangor dijangka akan seluas saiz Singapura sekiranya Pulau Carey direalisasikan menjadi pelabuhan ketiga di negeri ini. Ini selepas...

Mamak News

0 SINGAPURA: Seorang wanita yang sudah berkahwin dan menjalin hubungan sulit dengan rakan kongsi perniagaannya memasang kamera video mini di tandasnya supaya lelaki itu...

Sukan

0 PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui tidak sabar untuk menguji rumah baharu Selangor FC di Kompleks Sukan Shah Alam yang dijangka siap sepenuhnya...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini sejak menjadi ibu tunggal,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications