Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Zii Jia mara ke suku akhir


PERSEORANGAN lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mara ke pentas suku akhir siri Jelajah BWF Terbuka India selepas menundukkan lawannya dari Indonesia, Jonatan Christie pada aksi pusingan kedua sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Indira Gandhi, New Delhi, Zii Jia mengambil masa selama 43 minit untuk membenam cabaran Christie dengan straight-set 21-15, 21 13 menerusi aksi yang meyakinkan tanpa melakukan banyak kesilapan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Zii Jia terus melebarkan rekod tanpa kalah kepada lima perlawanan dalam pertemuannya bersama wakil Indonesia berkenaan yang menghuni ranking kelima carta BWF.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemain di kedudukan ke-10 dunia itu sebelum ini berjaya menewaskan Christie di All England 2020, Kejuaraan Badminton Asia 2022, Terbuka Denmark 2022 dan Kejuaraan Dunia 2023.

Zii Jia bakal menanti lawannya dari Jepun melibatkan pemenang antara Takuma Obayashi atau Koda Naraoka yang akan membuat perhitungan pada aksi selepas ini.

Sebelum itu, beregu lelaki negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa menamatkan perjalanan mereka di pusingan kedua selepas tunduk kepada pasangan di ranking kelapan dunia dari China, Liu Yu Chen dan Ou Xuan Yi, 19-21, 21-17, 17-21 dalam tempoh 1 jam 10 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nasib yang sama turut menimpa beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah yang berdepan kekalahan ketika turun menentang gandingan No. 1 Jepun, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida 16-21, 13-21 dalam tempoh 44 minit sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE

 


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement