Hi, what are you looking for?

#image_title

Mamak News

Zionis jadikan Hospital al-Shifa sebagai berek tentera, pusat tahanan


GAZA: Serbuan ke atas Hospital Al-Shifa di Gaza City menyaksikan Isreal menukar kompleks perubatan itu menjadi berek tentera dan pusat tahanan, yang mana pesakit, orang yang dipindahkan dan kakitangan penjagaan kesihatan tertakluk kepada pelbagai bentuk penderaan.

Pemantau Hak Asasi Manusia Euro-Med dalam kenyataan semalam melahirkan kebimbangan terhadap pembunuhan dan hukuman mati kerana pasukannya mendokumenkan tembakan di hospital sejak minit awal serbuan.

Mereka turut menegaskan kompleks Al-Shifa tidak menyaksikan sebarang tembakan selain daripada tentera Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Organisasi yang berpangkalan di Geneva itu menekankan tentera Israel adalah satu-satunya pihak yang mengawal tempat kejadian di dalam kompleks perubatan Al-Shifa.

Tiada pihak ketiga atau organisasi antarabangsa dibenarkan untuk hadir dalam hospital, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai naratif Israel yang akan dikeluarkan kemudian.

Euro-Med menegaskan dakwaan Israel mengenai penggunaan kompleks perubatan Al-Shifa untuk tujuan ketenteraan tidak memerlukan masa lanjutan untuk mencari dan melakukan serbuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, terdapat kebimbangan tentera mungkin mencipta naratif untuk memburukkan keadaan.

Tentera Israel sengaja memperbesar-besarkan matlamat menyerbu kompleks Al-Shifa sejak beberapa hari lalu, menggambarkannya sebagai pencapaian ketenteraan.

Euro-Med menggesa tentera Israel berundur dari Kompleks Al-Shifa dengan segera, dan memenuhi kewajipan di bawah undang-undang konflik bersenjata yang memerlukan pihak yang terlibat dalam konflik bersenjata memastikan perlindungan bantuan dan kakitangan kesihatan dan perubatan kemudahan selain tidak menyekat kerja mereka dalam apa jua cara.

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Utusan Malaysia

Teruskan Membaca

Lifestyle

0 Kali terakhir dilihat di Sungai Maong, Kuching Pemilik Dakwa Boleh Bergerak Laju, Kura-Kura Gergasi Melarikan Diri Di Kuching. Individu ini muat naik iklan...

Mamak News

0 Polis Nafi Zayn Rayyan Mangsa Dera PETALING JAYA, 8 Dis (Bernama) — Tiada bekas luka lama akibat penderaan dikesan pada badan kanak-kanak autisme...

Sukan

0 PETALING JAYA – Skuad hi remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Australia apabila tewas 2-5 di Stadium Hi Nasional, Bukit Jalil sebentar...

Hiburan

0 PETALING JAYA – Pelakon veteran era 1980-an, Datin Maria Arshad masih berada dalam keadaan separuh sedar selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU)...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications