Hi, what are you looking for?

Mamak News

Zionis tidak boleh lihat Semenanjung Gaza aman, stabil


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

GAZA CITY: Insiden berbalas serangan roket antara Palestin dan Israel terus berlangsung di Gaza semalam, selepas sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh, termasuk kanak-kanak berusia lima tahun.

Hamas memaklumkan, insiden itu juga menyebabkan hampir 80 orang cedera, manakala Israel mendakwa operasi tersebut mengorbankan anggota pejuang Palestin.

Perdana Menteri Israel, Yair Lapid menerusi kenyataan ‘tidak bersalah’ menyatakan, pihak berkuasa wilayah haram itu terpaksa melancarkan serangan balas ke Gaza berikutan ketegangan yang berlaku di sepanjang kawasan sempadan Israel-Palestin sejak beberapa hari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Israel tidak berminat untuk berperang dengan Gaza, namun kami juga tidak akan berdiam diri sekiranya diserang,” katanya.

Dalam pada itu, pergerakan Jihad Islam Palestin dan Zionis mengesahkan seorang daripada pemimpin kanannya, Tasyir al-Jabari maut dalam serangan udara kelmarin di sebuah bangunan di barat Gaza.

Menurut Jihad Islam, serangan udara yang dilancarkan Zionis disifatkan seperti ‘pengisytiharan perang’, menyebabkan pergerakan itu membalas serangan dengan melancarkan lebih 100 roket ke arah wilayah Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketegangan yang berlaku dibimbangi mengulangi konflik 11 hari yang berlaku pada Mei 2021, menyaksikan Semenanjung Gaza ‘hancur dibom tentera Yahudi’ dan menyebabkan lebih 260 penduduk Palestin terkorban.

Serangan itu menyusul beberapa hari selepas ketegangan kian memuncak berikutan penahanan pemimpin kanan Jihad Islam Palestin, Bassam al-Saadi, dalam serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat, awal minggu ini.

KONFLIK TIADA AKHIR

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penganalisis Institut Pengajian Siswazah Doha, tamer Qarmout yang berasal dari Gaza dan mempunyai keluarga di sana berkata, semua orang bimbang jika berlaku sekali lagi konflik yang meragut banyak nyawa seperti Mei tahun lalu.

“Gaza sudah berdepan empat atau lima konflik besar dengan Zionis sejak 15 tahun lalu dan sehingga kini, kita masih bercakap soal pembangunan Semenanjung Gaza.

“Sebenarnya, Gaza tidak pernah pulih atau dibangunkan, sebaliknya semenanjung itu hanya ‘meneruskan sisa kehidupan dengan konflik demi konflik’,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PENDUDUK YAHUDI BOLEH MEMBUNUH

Penyelidik yang berpangkalan di Ramallah, Mariam Barghouti menyatakan, sikap paranoid Israel terhadap serangan dari Palestin menyebabkan pihak berkuasa Zionis memberi kebenaran kepada penduduk Yahudi di Tebing Barat menembak dan membunuh rakyat Palestin.

“Apa yang kita lihat sekarang adalah Israel semakin meningkatkan strategi penindasan terhadap rakyat Palestin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Juga diingatkan, pilihan raya umum Israel bakal berlangsung pada November ini dan wujudnya trend para pemimpin Zionis menggunakan Gaza sebagai senjata untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk haram Yahudi,” jelasnya.

Pendapat itu disokong oleh penganalisis Tariq Kenney-Shawa dari Rangkaian Polisi Palestin yang menegaskan Israel menggunakan penduduk Gaza untuk mengukuhkan politik dan kuasa mereka kerana tahu, tiada pihak yang mendesak mereka bertanggungjawab atas kezaliman yang dilakukan.

“Israel sengaja menjadikan Jihad Islam seolah-olah mereka yang memulakan konflik sedangkan semua pihak tahu Zionis yang memulakan semua ini,” jelasnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

SENGAJA CETUSKAN KONFLIK

Bekas jurucakap Pihak Berkuasa Palestin, Nour Odeh menyifatkan serangan baharu Zionis terhadap Gaza bermotif politik semata-mata.

“Penduduk Gaza masih trauma dengan konflik yang berlaku sebelum ini dan Hamas serta Jihad Islam juga bekerja kuat memastikan rakyat dapat hidup dalam keadaan tenang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tiada siapa yang mahukan konflik berterusan, cuma Lapid sahaja yang mahu cari pasal dengan Palestin. Zionis seolah-olah tidak boleh tengok Gaza ‘duduk diam’.

“Zionis menganggap situasi ketika ini seperti satu pertandingan siapa yang lebih berkuasa sedangkan Israel tahu apa yang dialami rakyat Palestin,” katanya.


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) mara ke final Piala FA buat kali pertama sejak 2011 apabila mengalahkan...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Selepas meraih sambutan hebat di Indonesia, filem adiwira yang diinspirasi daripada kisah legenda, Satria Dewa:...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA – Seorang wanita di Gorontalo, Indonesia yang berjaya ‘menangkap’ suaminya curang bersama perempuan lain bertindak memecahkan cermin...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JAKARTA – Sebuah hantaran tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications