Hi, what are you looking for?

Zipline Shah Alam Flying Fox

Travel

Zipline Shah Alam: ‘Flying Fox’ Sejauh 240 Meter Merentasi Tasik


Zipline Shah Alam kembali dibuka kepada orang awam untuk aktiviti riadah dan rekreasi sejak 11 September lalu setelah beberapa bulan ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, aktiviti zipline sepanjang 240 meter di Taman Tasik Shah Alam itu beroperasi pada jam 10 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 8.30 pagi sehingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad).

Menurutnya, pengunjung diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkait sektor sukan dan rekreasi serta memastikan telah lengkap vaksinasi dan menjaga penjarakan fizikal.

HARGA TIKET & WAKTU OPERASI

Lokasi pelancongan baharu Shah Alam itu mula diperkenalkan April lalu dengan harga tiket untuk kategori warganegara (dewasa) sebanyak RM25 dan RM40 bagi pelancong luar. Harga tiket bagi warga Shah Alam adalah RM20 dan kanak-kanak RM10.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Waktu Operasi:
10.00 Pagi – 6.30 Petang (Isnin – Jumaat)
8.30 Pagi – 6.30 Petang (Sabtu & Ahad)

Zipline Shah Alam Flying Fox

Zipline Shah Alam adalah kemudahan bagi aktiviti ‘flying fox’ disediakan MBSA di Persiaran Tasik, Seksyen 14.

Aktiviti terbang kelawar atau ‘flying fox‘ sepanjang 240 meter merentasi tasik itu antara produk pelancongan terbaharu di Bandaraya Shah Alam yang dibuka April lalu.

Zipline Shah Alam Flying Fox

Ia dirasmikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah yang turut berkenan membuat terjunan dengan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Tarikan pelancongan itu juga adalah zipline awam pertama di Malaysia yang diperkenalkan di bawah pihak berkuasa tempatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terletak di Taman Tasik Shah Alam dan difahamkan tarikan terbaharu itu menggunakan sistem teknologi canggih terkini yang diimport dari negara luar.

Pemeriksaan keselamatan sudah dilakukan pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi memastikan ciri-ciri keselamatan dipatuhi sepenuhnya sebelum mula beroperasi.

Sumber: MBSA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Mamak News

0 PASIR PUTEH – Kegembiraan seorang remaja yang mandi bersama empat rakannya di air terjun Jeram Linang di sini bertukar tragedi apabila dia tergelincir...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications