Hi, what are you looking for?

Hiburan

Zul Ariffin pindah Mekah tahun hadapan


Sertai Telegram @KampungMamak untuk kemaskini terpantas.

KUALA LUMPUR – Aktor Zul Ariffin nekad berhijrah dan menetap di Mekah bermula Januari tahun hadapan bagi memulakan perniagaan di sana.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin berkata, perniagaan tersebut sudah lama dirancang dan sekarang adalah waktu paling tepat untuk melaksanakan impiannya.

Pelakon Sangkar itu bagaimanapun tetap akan berulang-alik ke tanah air jika ada komitmen dengan karier lakonan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sekarang ini saya dalam proses untuk pindah. Saya akan ke sana bermula Januari untuk urusan perniagaan.

“Saya memang akan menetap di sana, tapi pastinya akan sering kembali ke Malaysia untuk berlakon juga.

“Sebenarnya sudah lama rancang perniagaan ini dan akhirnya termakbul. Perniagaan yang memang bertapak di Mekah itu memerlukan saya untuk tinggal di sana,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jelas pelakon berusia 36 tahun itu, walaupun bakal memulakan kehidupan baharu di sana nanti, itu bukan indikasi atau alasan untuknya memperlahankan kerjaya seni di Malaysia.

“Saya kenalah imbangkan antara kerja di sana dan kerjaya seni di Malaysia. Saya tidak akan perlahankan kerjaya sebagai pelakon.

“Lagipun sudah ada banyak perancangan yang telah dibuat bersama pihak pengurusan di sini

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kalau kita tengok, sekarang ini industri seni semakin rancak selepas tempoh pandemik. Filem pun dah makin banyak ditayangakn di pawagam. Rugilah kalau saya perlahan kerjaya seni,” ujarnya.

Ditanya mengenai keterujaan memulakan fasa hidup baharu bergelar ahli perniagaan kelak, Zul sebenarnya sudah tidak sabar untuk lebih bijak membahagikan masa antara kerja seni dan bisnes.

“Saya amat teruja walau tahu akan jadi penat. Bagi saya itu adalah sesuatu yang bagus kerana masih lagi produktif walaupun penat, berbeza daripada tidak produktif dan langsung tidak berbuat apa-apa,” katanya selepas sidang media filem terbaharunya, Tablis Iblis arahan Kabir Bhatia di Panggung Asia semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tablis Iblis yang membariskan pelakon hebat lain seperti Nasha Aziz, Azira Syaninaz dan Jay Iswazir bakal menemui penonton di pawagam bermula 20 Oktober nanti.

Hujung bulan lalu, Zul yang berada di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selama beberapa hari atas urusan kerja berpeluang mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah sebelum pulang semula ke tanah air. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. MELAKA – Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan Melaka United FC (MUFC) daripada KenTeam...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. JOHOR BAHRU – Banjir kilat yang melanda negeri ini menyaksikan seramai 128 mangsa daripada 40 keluarga di tiga...

Mamak News

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. SINGAPURA: Usaha meningkatkan taraf hidup golongan pekerja bergaji rendah bukan sekadar menetapkan gaji minimum yang mungkin boleh membawa...

Hiburan

0 Sertai @KampungMamak untuk kemaskini terpantas. PETALING JAYA – Kumpulan rock terkenal Indonesia, Slank bakal bertemu dengan peminat di Malaysia dalam Konsert 4 Dekad...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications