Hi, what are you looking for?

Hiburan

Zul Huzaimy terima ugutan, menyesal tak jaga mulut


KUALA LUMPUR – Gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam dalam sebuah ceramah pada 4 November lalu, pelakon dan juga pengarah Zul Huzaimy mengakui menerima ugutan atas ucapan kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, Zul atau nama lengkapnya Zul Huzaimy Marzuki ketika ditemui Kosmo! Online enggan mendedahkan lebih terperinci tentang ugutan yang diterimanya kerana kes terbabit masih dalam siasatan pihak polis.

“Memang saya ada terima ugutan tapi saya tidak boleh dedahkan perkara itu dengan lebih lanjut kerana kes masih lagi dalam siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya juga telah dipanggil pihak polis dan sudah pun memberikan kerjasama sebaiknya,” ujar Zul.

Rentetan kenyataan berbaur ekstrem yang dikeluarkannya, Zul turut mengakui kesal dan menjadikan kejadian tersebut sebagai pengajaran buat dirinya.

Kata pelakon berusia 43 tahun itu, sebagai manusia, dia juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan akan lebih berhati-hati selepas ini sebelum berkata-kata.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebagai manusia biasa, saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Apa yang sudah berlaku benar-benar menjadi pengajaran kepada saya supaya tidak lagi tersasar ketika berkata-kata.

“Saya sebenarnya bukanlah artis yang sukakan kontroversi. Sebelum ini pun mana ada saya buat apa-apa perkara yang mendatangkan kontroversi. Ada?

“Semua orang pelik, kenapa saya jadi begitu? Jadi itulah manusia sebenarnya dan saya berharap orang ramai memahami apa yang berlaku adalah lumrah sebagai seorang manusia,” ujarnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zul yang ditemui sewaktu sidang akhbar dan pratonton filem Daddyku Gangster di TGV Velocity Mall, di sini malam tadi turut menafikan kenyataan bersifat perkauman tersebut membabitkan pihak tertentu yang memintanya berbuat demikian.

“Bila sudah terjadi kontroversi seperti ini, sudah tentu seseorang itu akan rasa kesal. Itulah manusia. Lagipun saya tidak ada niat.

“Selepas ini saya akan terus memberi ceramah sekiranya mendapat undangan. Sebab saya masih lagi ikon permotoran tetapi akan bercakap mengenai permotoran saja. Tidak lagi membabitkan benda-benda sebegitu (berbaur perkauman),” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Zul memohon maaf menerusi laman Instagram gara-gara terlepas cakap pernah berniat mahu menyembelih orang bukan Islam.

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis Spark dalam filem Remp-It itu mengeluarkan kenyataan tersebut sewaktu menjadi panel dalam sebuah ceramah politik di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kijal, Kemaman pada pukul 2.45 petang, 14 November lalu oleh seorang individu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Polis membuka kertas siasatan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications