Hi, what are you looking for?

Mamak News

Zulhusni dikejarkan ke hospital akibat kesukaran bernafas


GEORGE TOWN – Pemain Penang Black Panthers, Muhamad Zulhusni Basri, 20, terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengadu sakit pinggang, kepala dan sukar bernafas petang tadi.

Dia dibawa dengan menaiki ambulans dari Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang.

Ketua Jurulatihnya, Mohamad Fazil Mohd. Asri berkata, keadaan Muhammad Zulhusni kini dilaporkan stabil dan pihaknya sehingga malam ini masih menunggu keputusan imbasan x-ray berhubung kecederaan yang dialaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, Muhammad Zulhusni terjatuh semasa melakukan umpanan pada perlawanan set ketiga menentang pasukan Negeri Sembilan Antlers.

“Dia mengadu sakit kepala, pinggang dan sukar bernafas dan tempatnya telah digantikan dengan Zaim Razali.

“Cuma tunggu keputusan doktor dan keadaannya juga sudah stabil. Untuk perlawanan seterusnya, kemungkinan dia akan direhatkan buat sementara waktu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Penang Black Panthers memulakan aksi cemerlang selepas meraih kemenangan pertama ketika bertemu Negeri Sembilan (NS) Antlers pada saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 hari ini.

Pasukan Harimau Kumbang itu akan bertemu juara Divisyen 1 musim lalu, Bomba Fighters pada pukul 5 petang esok. – K! ONLINE



Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Sukan

0 KUALA LUMPUR – Terengganu kekal dengan rekod tanpa kalah di pentas Piala AFC selepas mengikat Central Coast Mariners 1-1 di Stadium Central Coast,...

Mamak News

0 JAKARTA: Aplikasi video pendek, TikT dalam proses mendapatkan permit e-dagang daripada kerajaan Indonesia, lapor agensi berita Antara yang memetik Timbalan Menteri Perdagangan, Jerry...

Hiburan

0 PUTRAJAYA – “Saya terkejut apabila terbaca mengenai gosip (bercium) itu. Ia tidak berlaku langsung” Demikian ulas pelakon Meerqeen sambil menafikan dakwaan bercium dengan...

Mamak News

0 Syarikat Bantu Urus Penghantaran Pulang Jenazah Pekerja Bangladesh GEORGE TOWN, 29 Nov (Bernama) — Syarikat kepada seorang daripada tiga pekerja pembinaan warga Bangladesh...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications