Hi, what are you looking for?

Mamak News

VIDEO: 5 Negara Dengan Sumber Galian Semula Jadi Terbesar Di Dunia


Sumber galian semula jadi wujud tanpa sebarang tindakan dan usaha dari manusia. Ia merupakan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan dan mengeluarkan semua produk yang kita gunakan sejak dulu lagi.

Nilai sumber-sumber ini berbeza bergantung kepada permintaan, bagaimana ia dijumpai, dan kualiti sesuatu sumber tersebut itu.

Sumber galian semula jadi ini terdiri daripada jenis yang boleh diperbaharui atau tidak boleh diperbaharui. Sumber yang boleh diperbaharui adalah yang membekalkan sumber berterusan seperti tenaga solar. Manakala sumber yang tidak boleh diperbaharui adalah sumber yang terhad dan tidak boleh digunakan lagi setelah sumber habis seperti bahan api fosil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara amnya, komoditi ini sama ada yang sudah diekstrak atau belum ditemui, adalah sangat berharga dan menjadi tulang belakang kepada kebanyakan ekonomi di seluruh dunia. Menerusi perkongsian daripada laman sesawang Basicplanet ada dikongsikan senarai 5 negara yang memiliki sumber tenaga semula jadi paling banyak di dunia.

5. Iran

Berada di rantau yang sama, Iran berkongsi kekayaan dengan Qatar melalui rizab gas asli yang bernilai tinggi. Secara kasar, jumlah sumber suma jadi Iran yang diketahui setakat ini adalah USD 27.3 trilion (RM 114 trilion).

Iran juga memiliki deposit gas asli yang besar, mewakili 16 peratus deposit gas asli dunia. Teluk Parsi dikatakan menjadi ‘rumah’ kepada kebanyakan rizab minyak negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika ini, Iran dianggarkan memiliki kira-kira 136.2 bilion barel simpanan minyak, yang mewakili kira-kira 10 peratus jumlah minyak dunia.

4. Kanada

Jumlah sumber semula jadi negara ini dianggarkan sebanyak USD 33.2 trilion (RM 138 trilion).  Statistik terkini juga mendedahkan negara ini memiliki kira-kira 178.1 bilion barel simpanan minyak, yang tertinggi selepas Arab Saudi, mewakili kira-kira 17.8 peratus rizab minyak global.

Selalin itu, Kanada juga mempunyai simpanan mega fosfat, simpanan uranium kedua terbesar dan pengeluar kayu ketiga terbesar di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

3. Arab Saudi

Negara yang menjadi pusat kepada komuniti Islam dunia ini memiliki sumber semula jadi bernilai kira-kira USD 34.4 trilion (RM 143 trilion). Hampir 20 peratus minyak dunia datang daripada negara ini.

Ketika ini, Arab Saudi menjadi negara rizab minyak yang sudah berjaya ditemui kelima terbesar di dunia.

2. Amerika Syarikat

Digelar negara paling berkuasa di dunia ketika ini, Amerika Syarikat dianggarkan memiliki sumber semula jadi bernilai USD 45 trilion (RM 187 trilion). Kira-kira 31.2 peratus simpanan arang batu ada di negara Uncle Sam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber kayu dan arang batu mewakili kira-kira 89 peratus sumber semula jadi Amerika Syarikat. Negara ini juga antara lima negara utama yang memiliki simpanan emas, tembaga dan gas asli terbanyak. Selain itu, Amerika Syarikat juga memiliki kawasan hutas seluas 750 juta ekar yang boleh diteroka untuk industri kayu-kayan.

1. Rusia

Sebagai negara bekas kuasa dunia, Rusia memiliki sumber semula jadi bernilai USD 75.5 (RM 315 trilion) yang mana disumbangkan oleh saiz negaranya yang terlalu luas.

Rusia memiliki pelbagai sumber semula jadi seperti kayu-kayan, arang dan emas. Deposit arang kedua terbesar di dunia terletak di Rusia dan simpanan emas ketiga terbesar di dunia turut terletak di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Basic Planet

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Apa Sindrom Orang Kaku Yang Dihidapi Ce Dion? Kebiasaannya, kita sering mendengar penyakit atau sindrom str yang dikenali sebagai angin ahmar yang dialami...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications