Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

Kenali Salah Satu Gajah Asia Yang Tinggal Di Borneo


Siapa kata di borneo tiada gajah?

Kenali Gajah Asia Satu-Satunya Spesies Yang Ada Di Borneo. Gajah Asia merupakan salah satu daripada tiga spesis gajah yang masih tinggal. Spesis ini dianggap terancam, dengan hanya antara 25,000+ ke 32,000+ yang masih hidup di liar.

Berikut adalah fakta mengenai Gajah Borneo yang tinggal di Borneo dan bagaimana kita boleh memulihara binatang majestic ini.

| Kampungmamakcom
Kenali Salah Satu Gajah Asia Yang Tinggal Di Borneo Kredit Borneo Adventure

Salah Satu Subspesis Gajah Asia

Terdapat lima subspesis Gajah Asia. Subspesis ini adalah seperti yang berikut:

  • Gajah India
    Spesis gajah ini merupakan spesis gajah yang paling banyak.
  • Gajah Sri Lanka
    Spesis gajah ini merupakan spesis gajah yang terbesar dalam subspesis Gajah Asia.
  • Gajah Sumatera
    Ditemui di Pulau Sumatera.
  • Gajah Borneo
    Merupakah Gajah Kerdil di Borneo.
  • Gajah Malaysia
    Spesis ini banyak ditemui di Semenanjung Malaysia.
Gajah Asia. Kredit: IUCN

Ciri-ciri Gajah Asia

Secara umumnya, gajah Asia lebih kecil daripada gajah Afrika dan mempunyai titik badan tertinggi di kepala. Disamping itu, telinga gajah Asia lebih kecil, punggungnya cembung, kulit lebih halus, dan hujung belalainya hanya mempunyai satu sambungan.

Tonjolan di gading gajah Asia lebih sempit dibandingkan dengan gading gajah Afrikda yang berbentuk seperti berlian. Selain itu, Gajah Asia mempunyai benjolan di bahagian dorsal kepalanya dan tanda depigmentasi di kulitnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gajah Borneo

Gajah Borneo dapat ditemui di Sabah dan Indonesia.

Eh, Eh, alu gelongsor pok! Kredit: Giphy

Gajah Borneo yang berusia enam bulan mempunyai ketinggian 1.5 meter, sementara gajah dewasa yang berusia lima tahun berukuran 2.4 meter. Mempunyai berat kurang dari 2 tan dan jangka hayat selama 70 tahun.

Gajah ini hidup secara berkumpulan dan terdapat berhampiran sungai seperti sungai Kinabatangan kerana ia sensitif kepada kepanasan.

Terdapat empat kumpulan besar yang dikenal pasti iaitu:

Advertisement. Scroll to continue reading.
  • Hilir Kinabatangan
  • Hulu Kinabatangan berhampiran sempadan Kalimantan
  • Rizap Hidupan Liar Tabin
  • Hulu Kaluntang
  • Pedalaman Kabupaten Nunukan

Ia sudah menjadi perkara biasa untuk merujuk gajah Borneo sebagai subspesis ‘pygmy‘, walaupun gajah dewasa di Sabah dari kedua-dua jantina adalah sama tinggi dengan saudara mara mereka di Semenanjung Malaysia.

Mengikut WWF, gajah Borneo secara genetik berbeza dari gajah Asia yang lain.

Kenyataan ini disokong dengan hasil perbandingan DNA dengan subspesis gajah lain telah mendapati bahawa gajah Borneo berasal dari stok Sunda dan menjadi spesis yang terpencil secara genetik 300,000 tahun yang lalu. Akibatnya, gajah Borneo menjadi lebih kecil, mempunyai telinga yang lebih besar, ekor yang lebih panjang dan gading yang lebih lurus.

Sehubungan dengan itu, gajah Borneo dianggap keturunan gajah simpanan, yang diberikan kepada Sultan Sulu pada abad ke-17.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut sejarah, pada abad ke-17, Sultan Sulu diberikan koleksi gajah tawanan dan gajah-gajah ini kemudiannya dibebaskan ke dalam hutan Borneo.

Mereka juga sangat jinak dan pasif, satu lagi sebab saintis berpendapat bahawa mereka berasal dari koleksi domestik. Hmm…

Main-main nya dengan ribbon ya! Kredit: Giphy

Terancam dan Kehilangan Habitat

Gajah Borneo adalah spesies yang terancam dan hanya kira-kira 1,500 individu yang tinggal di alam liar, kebanyakannya ditemui di Sabah di Malaysia.

Sejak 1986, spesis ini telah disenaraikan sebagai Terancam di Senarai Merah IUCN kerana populasi telah menurun sebanyak 50% sejak tiga generasi terakhir, dianggarkan 60-75 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ancaman utama gajah ini adalah kehilangan habitat. Hutan diaman gajah ini diceroboh oleh manusia yang tidak bertanggungjawab turut mengehadkan pengembaraan laluan penghijrahan tradisional mereka dan subpopulasi tidak lagi dapat membiak untuk mengekalkan kepelbagaian genetik.

Semenjak manusia berkembang membina jalan raya dan infrastruktur, gajah Borneo semakin kehilangan habitat mereka. Ini makin dikomplikasikan lagi apabila habitat mereka ditukar menjadi ladang pertanian, ladang kelapa sawit dan pembalakan.

Yang menyedihkan lagi ialah apabila sumber makanannya telah habis, ia kemudian dibunuh dalam konflik apabila mereka secara tidak sengaja menginjak atau memakan tanaman penduduk kampung. Mereka juga berisiko dicedera oleh jerat haram yang ditetapkan untuk haiwan yang lebih kecil. Malah di Lower Kinabatangan Wildlife Sanctuary, Sabah, sebanyak 20% gajah telah dilukai oleh perangkap ini!

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Gajah ini Sapa yang ditemui terperangkap dalam jerat yang dipasang oleh manusia yang tidak bertanggungjawab mati kemudian Kredit <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwmalaymailcomnewsmalaysia20180712rare borneo elephant dies in sabah1651633>Malay Mail<a>

Majestic Creatures Yang Harus Dilindungi

Gajah pygmy Borneo adalah yang paling kecil dan paling kurang dipelajari dari semua spesies gajah. Oleh itu, ia adalah salah satu tanggungjawab kita untuk memulihara gajah ini selagi mereka masih ada.

Sebagai langkah, Kerajaan negeri Sabah telah meluluskan Sabah State Elephant Action Plan (2020 – 2029) untuk memulihara binatang yang terancam ini. Bersehubungan dengan itu, gajah Borneo mendapat status perlindungan daripada Jadual II Enakmen Pemuliharaa Hidupan Liar Sabah, dan sesiapa yang ditangkap melanggar kesalahan terhadap gajah ini (seperti menangkap/membunuh gajah secara haram) akan menghadapi denda $50,000 (sekurang-kurangnya RM200,000) atau lima tahun penjara.

Sekiranya anda berminat untuk melihat gentle giants ini, anda boleh berkunjung dimana-mana tempat berikut dimana haiwan ini berkeliaran secara bebas dan dilindungi. Anda juga boleh melihat gajah-gajah ini secara selamat dan up close.

  • Kinabatangan River
  • Danum Valley
  • Tabin Wildlife Reserve
  • Deramakot Forest Reserve
| Kampungmamakcom
Anda boleh melihat gajah gajah ini berkeliaran secara bebas dan di jarak yang selamat Kredit <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpsborneoadventurecomblog201907borneo pygmy elephant>Borneo Adventures<a>

Diharapkan informasi ini boleh mendedahkan ilmu sedikit mengenai haiwan yang terancam ini dan memberi kesedaran mengenai isu-isu yang dihadapi oleh mereka. Be nice to animals!

Baca lagi artikel menarik:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Pengacara dan pelakon, Elly Arifin memberi amaran kepada individu biadab agar menghentikan perbuatan jijik mengirimkan gambar alat sulit atau berdepan...

Sukan

0 PETALING JAYA – Misi pasukan Sabah FC untuk melangkah jauh pada kempen Piala AFC musim ini tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada wakil...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Jangan jadi anak derhaka dan kahwin senyap-senyap ya. Nanti satu sen hartaku tak akan dapat”. Demikian peringatan tegas penerbit popular,...

Sukan

3s DOHA – Pasukan Jordan terus mencipta sejarah apabila mara ke pentas final Piala Asia buat kali pertama apabila menewaskan negara pilihan, Korea Selatan...

Advertisement