Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Sukan

Tze Yong cedera dan Zii Jia dinasihatkan berehat


SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan mengalami kecederaan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Tze Yong yang diturunkan pada perlawanan pertama suku akhir itu hanya mampu bertahan kira-kira tiga minit ketika berdepan lawan dari Singapura, Jason Teh sebelum membuat keputusan tidak meneruskan perlawanan tersebut.

Difahamkan, Tze Yong mengalami kecederaan belakang sekali lagi seperti dilaluinya sewaktu Terbuka Malaysia pada bulan lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
AKSI pemain badminton kebangsaan Ng Tze Yong ketika menentang pemain dari Singapura Jason Teh dalam acara perseorangan lelaki semasa Kejohanan Badminton Asia Team Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini GAMBAR AMIR KHALID

Sementara itu, Malaysia turut berdepan nasib kurang baik apabila Zii Jia pula mengalami ‘sinus’ selepas perlawanan menentang Taiwan semalam dan telah dinasihatkan oleh pakar untuk berehat.

“Selepas perlawanan menentang Brunei, Tze Yong telah menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan mengesahkan bahawa dia tidak 100 peratus cergas. Oleh itu, dia direhatkan menentang Kazakhstan dan Taiwan.

“Tze Yong juga telah menjalani rawatan di hospital semalam bagi menghadapi perlawanan menentang Singapura dan memastikan dia berada dalam keadaan terbaik.

| Kampungmamakcom
LEE Zii Jia dlihat berada di bangku pemain semasa menyaksikan pemain badminton kebangsaan Ng Tze Yong menarik diri semasa Kejohanan Badminton Asia Team Selangor 2024 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini GAMBAR AMIR KHALID

“Memandangkan Zii Jia juga jatuh sakit selepas perlawanan menentang Taiwan semalam dan dinasihatkan oleh pakar untuk berehat kerana masalah sinus tersebut.

“Oleh itu, jurulatih memutuskan untuk menurunkan Tze Yong sebagai perseorang lelaki pertama selain mengekalkan Leong Jun Hao dan Eogene Ewe Eon,” kata BAM dalam satu kenyataan di Instagram rasmi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Tze Yong mengakui dia masih bergelut dengan kesakitan dan belum pulih sepenuhnya.

“Saya rasa masih ada sakitlah dan saya belum pulih 100 peratus. Sebab tadi pun saya main berapa mata sahaja,” katanya. -KOSMO! Online


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement