Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Puas Hati, Ni Resipi Jelly Ball Yang Korang Boleh Cuba


resipi jelly ball

Puas Hati, Ni Resipi Jelly Ball Yang Korang Boleh Cuba!

Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan manisan makanan yang digelar ‘jelly ball’ sehingga meraih perhatian orang ramai terutamanya golongan kanak-kanak.

Jelly ball tersebut semestinya memikat selera kanak-kanak kerana ia mempunyai rasa manis yang mampu memberikan kegembiraan kepada mereka yang memakannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada tanghulu, jelly ball juga menjadi topik perbualan makanan yang hangat dalam kalangan orang ramai.

Biarpun manis namun mereka yang teringin pasti mahu mencubanya sekali seumur hidup susulan ingin tahu bagaimana rasa makanan tersebut.

Dalam artikel kali ini, SK akan berkongsi kepada orang ramai bagaimana untuk membuat jelly ball di rumah supaya rasa teringin itu dipenuhi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mudah sahaja sebenarnya untuk membuat jelly ball ini, hanya perlukan beberapa bahan sahaja.

Menerusi perkongsian Shakila Ab Rashid, acuan untuk membuat jelly ball itu perlu dibeli di kedai-kedai bakeri.

Jelasnya, sekiranya ingin mendapatkan bentuk bulat yang cantik, seseorang perlukan mengisi bekas acuan dengan penuh dan kemudian baru tutup bekas itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Acuan beli sahaja di Shopee atau mana-mana kedai yang menjualnya.

“Nak dapat bentuk bulat yang cantik kena isi penuh acuan baru tutup.

“Akan ade lelehan di bahagian luar, abaikan sahaja yang terkeluar itu boleh bagi anak-anak makan,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mari ikuti resipi Shakila di bawah ini.

BACA: Resipi Ayam Masak Lemak Cili Api ‘Bujang Style’

Resipi Jelly Ball
| KampungmamakcomKredit: Shakila AB Rashid/Facebook

Bahan-bahan yang perlu ada:

Advertisement. Scroll to continue reading.

1 pek serbuk jeli kosong (10 gram) 

½ pek serbuk agar-agar kosong (5 gram)

250 gram gula

Advertisement. Scroll to continue reading.

1200 gram air

Kordial jenama Lion (ikut perisa sendiri)

Cara-cara membuatnya:

Advertisement. Scroll to continue reading.

Campurkan serbuk jeli, serbuk agar-agar dan gula dalam satu periuk.

Kemudian tambah air dalam campuran tersebut.

Masak sehingga mendidih dan pastikan sentiasa kacau supaya bahan-bahan larut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selepas itu, bahagikan bahan tersebut kepada beberapa bahan, sebagai contoh kepada tiga bekas.

Setiap bekas letak dua sudu besar kordial.

Tuang ke dalam acuan dan tutup.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekiranya tiada acuan bulat boleh sahaja guna mana-mana acuan yang ada.

Selepas acuan berada dalam keadaan yang suam, boleh terus masukkan ke dalam peti dan siap!

| Kampungmamakcom

Sumber: Shakila AB Rashid/Facebook

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Puas Hati, Ni Resipi Jelly Ball Yang Korang Boleh Cuba appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement