Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Buka komen Instagram, isteri Haqiem Rusli diserbu kecaman


PETALING JAYA – Selepas hampir sebulan membuat keputusan tidak lagi berhijab dan menutup komunikasi bersama pengikut media sosial, isteri penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea akhirnya kembali membuka ruangan komen dalam Instagram miliknya.

Tindakan wanita berusia 21 tahun itu ternyata ditunggu-tunggu netizen untuk meninggalkan komen menghentam tindakannya ‘melepaskan’ hijab sejak 1 Syawal lalu.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Sofea, wanita kelahiran Kelantan itu berkongsi beberapa keping foto dipercayai momen ketika menghadiri rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri dengan memakai baju kurung berwarna merah jambu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak lagi berhijab, Sofea yang memiliki rambut panjang dilihat tampil dengan gaya bersanggul.

Dalam ruangan komen, perkongsian Sofea dihujani dengan pelbagai nasihat dan pendapat daripada netizen yang rata-rata menganggap penampilannya tidak lagi secantik ketika dia berhijab.

Malah, ada yang menganggap wanita itu telah hilang keayuan sejak kembali membuka aurat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Masa pakai tudung cantik. Mungkin sebab dah buka (hiiab), seri dah hilang,” ujar seorang netizen.

“Tak lawa pun bila tak bertudung. Macam serabut tengok muka dia. Rambut tak kemas,” komen seorang pengikutnya.

Bagaimanapun, Anis tidak terlepas daripada mendapat kata-kata nasihat dan semangat daripada penyokong yang masih menyayanginya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Lebih baik kita bagi Fea (Sofea) semangat dan kata-kata positif. Kata-kata menyakitkan hati itu tidak membantu dia sama sekali. Hidayah milik Allah SWT,” ujar seorang peminatnya.

“Saya doakan semoga suatu hari nanti awak kembali bertudung,” ujar seorang lagi peminatnya.

Terdahulu, Sofea mengejutkan ramai pihak apabila dia bertindak memadam foto dalam Instagram miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Paling mencetuskan tanda tanya ialah dia seterusnya memuat naik foto tidak lagi memakai hijab.

Suaminya Haqiem ketika ditemui pihak media memberitahu dia tidak dapat memberikan apa-apa komen terhadap tindakan isterinya membuka hijab dan meminta supaya orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk suri hatinya.

Sofea dan Haqie disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement