Hi, what are you looking for?

Covid-19

COVID: Malaysia Tidak Mampu Laksana ‘Lockdown’


KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Malaysia tidak mampu dari segi ekonomi dan kebajikan rakyat sekiranya melaksanakan lockdown (sekatan pergerakan) untuk mengekang penularan COVID-19.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, sebaliknya berkata strategi kerajaan untuk menyekat penularan wabak tersebut adalah dengan melaksanakan strategi mitigasi.

“Tidak dinafikan pendekatan China (melaksanakan lockdown) berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun strategi mereka iaitu containment (pembendungan) atau ‘zero COVID’ bermaksud total lockdown bila ada hanya tiga kes positif,” kata Khairy menerusi ciapan di Twitter rasmi beliau, hari ini.

Dalam ciapan itu, Khairy turut menyertakan tangkap layar laporan berita menyebut “Yuzhou : Second Chinese city forced into COVID lockdown” (Yuzhou : Bandar China kedua dikenakan sekatan pergerakan COVID).

Khairy berkata Malaysia telah mengurus kes positif dengan berkesan apabila kadar vaksinasi tinggi, selain turut mengingatkan rakyat terus menjaga prosedur operasi standard (SOP) agar kadar kematian, penggunaan unit rawatan rapi dan kemasukan ke hospital dapat dikurangkan.

Dalam pada itu, Khairy berkata beliau memberi sokongan penuh kepada Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menjalankan tugas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan itu sebagai reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing mempersoalkan latar belakang Dr Noor Hisham sebagai pakar bedah dan bukan daripada bidang kepakaran kesihatan awam.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Pendatang Dari Australia, Penyelidik Jelaskan Fakta Menarik P Akasia Selalu nampak p ini di tepi jalan tetapi tidak tahu nama, p yang tumbuh...

Mamak News

0 Petinju Muay Thai Malaysia Tumbangkan Lawan Dalam Tempoh 36 Saat BANGKOK, 10 Dis (Bernama) — Petinju muay thai negara Johan Ghazali mendominasi lawannya dalam...

Lifestyle

0 Lagi menu sarapan ‘lejen’ di Kuching Legend Di Kuching, Mi Jawa Rabak Ini Jadi Menu ‘Breakfast’ Kegemaran Penduduk Tempatan. Hari ini, kami akan...

Mamak News

0 Anjing Sakit Gusi, Punca Kejadian Tayar Pancit Di Itali Sejak bulan Julai yang lalu, penduduk di pekan Vastogirardi, Itali mengalami masalah tayar pancit...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications