Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Dakwaan Melihat Nabi Secara Jaga Atau ‘Yaqazah’, Ini Penjelasan Dari JAKIM


Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul terakhir bagi umat Islam yang sangat dikagumi dan dicintai. Walaupun Rasulullah SAW telah lama wafat, namun ajaran Baginda masih diamalkan umat Islam hingga kini.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tak sedikit individu yang mengaku pernah bertemu Baginda melalui pelbagai cara. Salah satunya adalah secara yaqazah.

Yaqazah menurut Jabatan Mufti Negeri Sembilan merupakan satu istilah yang menggambarkan peristiwa hamba Allah yang soleh dan terpilih dikurniakan kelebihan melihat Nabi Muhammad SAW tanpa bicara atau berlaku perbicaraan antara kedua-duanya atau perbicaraan sebelah pihak sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Isu berkait dakwaan melihat Nabi Muhammad SAW secara yaqazah atau jaga ini pernah dibahas dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-18 yang berlangsung pada April 2015. Keputusan perbahasan tersebut turut dikongsikan di laman web Jabatak Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Yaqazah tidak pernah terjadi kepada golongan sahabat

Jawatankuasa fatwa negeri Perlis menyimpulkan bahawa dakwaan seseorang melihat Nabi SAW secara yaqazah sama ada dalam bentuk hakiki ataupun roh selepas kewafatan Baginda SAW tidak pernah dinukilkan melalui riwayat yang sahih berlaku kepada mana-mana sahabat RA.

Hal ini juga tidak pernah terjadi sekalipun ketika saat-saat getir, seperti ketika timbulnya perbezaan pendapat di kalangan sahabat RA, demikian juga generasi Tabi’ien dan Atba’ al-Tabi’ien.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para muhaqqiqin seperti al-Nawawi, Ibn Taimiyyah, Ibn Kathir, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Sakhawi dan al-Qusyairi juga dikatakan turut meragui dan menolak kemungkinan dakwan berlaku yaqazah secara roh.

Jelas fatwa, apa yang dinukilkan dari segelintir para ulama dalam hal yaqazah adalah mengelirukan dan berlaku kontradik di dalam kenyataan mereka sendiri. Oleh itu, dakwaan melihat jasad nabi pada zaman ini secara jaga adalah tertolak.

Nukilan-nukilan ini dikatakan mempunyai banyak versi yang berbeza. Ujar kenyataan fatwa, ada daripada mereka yang mendakwa melihat Rasulullah SAW dengan pandangan hati atau wijdan, melihat antara tidur dan jaga, hanya melihat gambaran nabi dan macam-macam lagi. Semua dakwaan ini boleh diberikan berbagai tafsiran dan tak semestinya membawa makna yaqazah seperti yang difahami oleh sesetengah pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dakwaan yaqazah terdedah tipu daya syaitan

Di samping itu, dakwaan melihat Nabi secara yaqazah juga terdedah kepada tipu daya syaitan. Ia boleh membuka pintu kerosakan dengan berbagai tujuan seperti ‘Ujub dan Sum’ah.

Oleh itu, jawatankuasa fatwa menegaskan, apa-apa dakwaan melihat Nabi sama ada dalam mimpi mahupun jaga yang membabitkan implikasi syarak seperti pegangan akidah, hukum hakam syariat dan penilaian hadis adalah batil dan sesat. Hal ini turut terpakai atas dakwaan tidak berasas berkait bacaan tertentu yang boleh menghadirkan Nabi ke dalam sesuatu majlis.

Sumber: JAKIM

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement