Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Daniesh Suffian bimbang respons karya baharu, Jaga Dia


MENITI kembara hampir enam tahun dalam industri muzik ternyata masih belum berjaya mengukuhkan kedudukan Daniesh Suffian sebagai penyanyi berbanding rakan seperjuangan seusianya.

Mula dikenali menerusi program realiti Vokal Mania, usaha Daniesh kini tampak ‘menjadi’ apabila lolos sebagai finalis Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) ke-33.

Tanpa mengenal erti putus asa, penyanyi merangkap penulis lirik itu mempertaruhkan single baharu berjudul Jaga Dia yang sarat maksud mendalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buah tangan pemilik nama lengkap Nur Mohd. Daniesh Mohd. Suffian, 25, itu merupakan kolaborasi bersama Omar K selain mendapat sentuhan bekas peserta Big Stage musim kelima, Firdaus Rahmat.

Meminati genre muzik balada dan jazz, kemerduan suara anak jati Sabah itu diterjemahkan dengan penuh penghayatan yang menyentuh kalbu.

“Sejujurnya ini kali pertama saya menulis lirik untuk lagu yang sedih sebab selama ini lebih fokus kepada lagu cinta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Namun, saya teruja dapat meluahkan emosi dan perasaan dalam menghasilkan nukilan lirik yang menggambarkan kesedihan akibat kecundang dalam percintaan.

“Lagu ini juga mengajar kita erti melangkah pergi dan pada masa sama masih mengharapkan terbaik untuk orang yang pernah kita cintai,” katanya.

Menceritakan detik menjalani proses penghasilan lirik, Daniesh mengakui gembira dapat merasai pengalaman baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerisauan

Cuma kerisauannya timbul ketika menjalani proses video muzik kerana khuatir penyampaiannya tidak dapat diterima pendengar dengan jelas.

“Saya agak risau ketika menjalani penggambaran video muzik kerana risau tidak dapat menzahirkan dendangan itu dengan sempurna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apa pun saya berjaya menangkis kerisauan dengan bantuan Adam Shamil yang juga artis bawah naungan World Peace Entertainment merangkap pengarah video muzik Jaga Dia,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, Daniesh berharap lagu baharunya diterima sekali gus menjadi siulan ramai peminat di luar sana.

Single dan video muzik Jaga Dia diterbitkan sepenuhnya World Peace Entertainment dilancarkan pada 30 Jun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Karya tersebut juga boleh didengari melalui penstriman atas talian seperti Spotify, Joox, dan Apple Music.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement