Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Devan puas anak-anak buah berjuang hingga saat akhir


KEPUTUSAN seri 1-1 dengan Kuala Lumpur City FC (KL City)di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras kelmarin menjadikan pengendali Negeri Sembilan FC (NSFC), K. Devan dalam situasi dilema untuk memburu keputusan lebih baik pada baki saingan musim ini.

Di sebalik kepuasan melihat semangat juang pemain, Devan juga akur skuad Hoben Jang Hoben berisiko tempang sekiranya ramai pemain mengalami kece­deraan kerana tidak berpeluang melakukan penggiliran.

“Pengurusan buat keputusan tak ada pemain import (baharu), jadi saya beritahu pemain bahawa ini peluang terbaik yang harus digunakan demi kebaikan karier dan mereka juga sedar dengan memberikan komitmen penuh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemain tempatan (baharu) pun tidak ada. Pemain keluar ada tetapi pengganti tidak ada. Ini nasib yang perlu Negeri Sembilan lalui dan kami tidak boleh ambil risiko (kerah kudrat pemain) ­kerana skuad sekarang makin kecil,” katanya.

Pada perlawanan itu, Romel Morales meledak gol pembukaan pada minit ke-40 dan hampir memastikan tiga mata, namun tempoh seminit masa kecederaan babak kedua menjadi detik ­paling mengecewakan KL City apabila Zainal Abidin Jamil menghasilkan jaringan penyamaan.

“Jika dibandingkan KL City, mereka pasukan lebih bagus dan ada pemain berkualiti. Jadi, untuk memperoleh satu mata adalah sesuatu yang baik buat kami.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pemain ada keyakinan ­kerana kalau tidak, mereka pasti tidak akan mencuba sehingga akhir perlawanan. Memang sasaran kita adalah cuba dapatkan mata di sini,” katanya.


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement