Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Gunung Berapi Anak Krakatau Dilapor Kembali Meletus


Gunung Berapi Anak Krakatau Dilapor Kembali Meletus

JAKARTA — Gunung Anak Krakatau yang terletak di Selat Sunda, Kabupaten Lampung Selatan dilapor kembali meletus buat kali kedua pada hari ini, lapor TheOneNews.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia dalam satu kenyataan, letusan gunung itu berlaku pada jam 12.21 tengah hari waktu tempatan. Berikutan itu abu daripada gunung berapi itu bertebaran sehingga melebihi 2,500 meter di udara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selang dua minit 26 saat, puncak gunung itu kembali meletus. Ia mengakibatkan abu mencapai ketinggian 2,657 meter dari paras laut.

Tambah PVMBG, kepulan asap tersebut bergerak ke arah timur laut dengan asap berwarna hitam.

Ketua Pos Pemantauan Gunung Anak Krakatau di Hargopancuran, Daerah Rajabasa, Lampung Selatan, Andi Suardi ketika dihubungi berkata, dia memohon agar penduduk dan nelayan tidak mendekati kawasan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Buat masa ini, Gunung Anak Krakatau berada pada tahap berjaga-jaga. Orang ramai, nelayan dan pendaki gunung disarankan supaya tidak menghampiri gunung itu dalam radius lima kilometer,” katanya.

Sebelum ini, gunung anak Krakatau itu meletus buat pertama kali pada jam 4.12 pagi tadi waktu tempatan. Ia  telah menyebabkan abu naik ke udara sehingga 800 meter tinggi dari puncak.

Bunyi Terkuat Dalam Sejarah Letusan Gunung Berapi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk pengetahuan, Gunung Krakatau merupakan gunung berapi yang pernah merekodkan letusan paling kuat. Bunyi letusan yang berlaku boleh didengari sehingga Pulau Rodrigues di Lautan Hindi berhampiran Mauritius dan di Perth, Australia.

BACA: Gempar, Gunung Berapi Lumpur Dilapor Meletus Di Lahad Datu

Kedua-dua kawasan tersebut terletak kira-kira pada jarak 4,800 kilometer dan 3,110 kilometer dari Gunung Krakatau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tragedi terburuk itu berlaku pada tahun 1883 dengan mengakibatkan kemusnahan dahsyat terhadap kawasan sekitar.

Difahamkan, lebih 36,000 orang terbunuh dalam bencana yang berlaku hampir dua abad itu. Manakala lebih 165 buah perkampungan dilaporkan musnah.

Selain itu, kepulan asap akibat letusan itu naik sehingga 20,000 kaki di udara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Gunung Krakatau terdiri daripada tiga anak gunung. Antaranya Perboewatan (yang paling utara dan aktif), Danan (yang paling tengah) dan Rakata (yang membentuk hujung selatan pulau).

BACA JUGA: Umur Muda Tapi Muka Nampak Tua, 9 Makanan Mungkin Boleh Jadi Punca

Sumber: TVOneNews

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan...

Hiburan

0 PETALING JAYA – “Doakan segalanya dipermudahkan.” Demikian permintaan usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri yang memohon orang ramai mendoakan keselamatan anak bongsunya yang cedera...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Memasuki tahun ketiga perkahwinan, penyanyi Elizabeth Tan berharap dikurniakan cahaya mata sebagai pelengkap kehidupan. Kata pemilik nama lengkap Elizabeth Tan...

Sukan

3s MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui bahawa tidak terkejut apabila menyaksikan penggempur utamanya, Erling Haaland kembali menemui sentuhan gol selepas berehat...

Advertisement