Hi, what are you looking for?

Hiburan

Iman Troye beri ‘habuan’ RM300 buat pelajar SPM


PETALING JAYA – Penyanyi Iman Troye menghadiahkan wang tunai RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa sahaja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.

Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.

“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.

“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha pada masa akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.

Menurut Iman atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabudin lagi, inisiatif tersebut diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada para pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.

“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) dalam Instagram PTTI. – KOSMO ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 Tular Video Staf Lapangan Terbang Filipina Kantoi Telan Duit Disyaki Dicuri Daripada Pelancong China Seorang kakitangan wanita lapangan terbang di Filipina kantoi menelan...

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Lima anggota polis antara enam individu ditahan selepas disyaki melarikan seorang lelaki dari sebuah kedai makan yang terletak di Desa...

Mamak News

0 PETALING JAYA – Seorang wanita yang juga suri rumah mencari ‘kawan upahan’ selepas dipercayai mengalami tekanan melampau (burnout), akibat tiga tahun terperap menguruskan...

Mamak News

0 Polis Tahan Lelaki, Disyaki Suspek Kes Bunuh Penyanyi Rap, Tupac Shakur 27 Tahun Lepas Polis Amerika Syarikat menahan seorang lelaki di Las Vegas,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications