Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Kanak-kanak ditikam, penduduk Dublin merusuh


DUBLIN: Tiga kanak-kanak antara lima yang cedera dalam serangan pisau di Dataran Parnell hingga mencetuskan rusuhan di pusat bandar Dublin.

Polis masih belum menolak sebarang motif termasuk kemungkinan berkaitan keganasan.

Pengangkutan awam digantung dan pesakit dinasihatkan supaya tidak pergi ke hospital bersalin berdekatan kecuali benar-benar perlu selepas pertempuran antara polis rusuhan dan penunjuk perasaan antipendatang tercetus di jalan utama O’Connell Street.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebuah bas dua tingkat dibakar di hadapan patung Daniel O’Connell dan tingkap dipecahkan di hotel Holiday Inn serta restoran McDonalds berhampiran sementara sebuah kedai turut dirompak.

Seramai 400 pegawai dikerahkan untuk memulihkan ketenteraman awam selepas sebuah kereta polis turut hangus dibakar dalam insiden rusuhan mengejutkan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di Dublin.

Tiada parti atau ahli politik paling kanan yang dipilih ke Parlimen, tetapi protes anti-pendatang kecil berkembang sejak tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kerajaan juga dilaporkan sedang mengkaji keselamatan di sekitar Parlimen selepas protes baru-baru ini memerangkap ahli Parlimen di dalamnya.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dilaporkan menerima rawatan kecemasan selepas mengalami kecederaan parah akibat tikaman itu sementara seorang lelaki berusia lewat 40-an yang turut dirawat sudah ditahan polis.

Polis berkata, lelaki itu dilihat menyerang beberapa orang di Dataran Parnell Dublin sejurus pukul 1.30 petang (waktu tempatan) sebelum orang awam mula campur tangan pada peringkat awal serangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Keadaan bertukar huru-hara dengan wanita meraung, lelaki menjerit dan menangis,” kata saksi kejadian, Anthony Boyle. – REUTERS


Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement