Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Kemajuan Projek ECRL Capai Lebih 56 Peratus – Anthony Loke


projek ecrl

KUANTAN, 11 Dis (Bernama) — Kadar kemajuan keseluruhan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah mencapai lebih 56 peratus sehingga November lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata kemajuan projek mega itu selari dengan jadual penyiapan projek dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak pada Dis 2026, dan ECRL dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.

“Tahun 2023 juga merupakan tahun kemuncak pembinaan projek ini. Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak awal tahun ini, merangkumi pemasangan rasuk jejambat, pembinaan stesen, dan pembinaan depot kereta api.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Tidak lama lagi kemajuan Projek ECRL juga akan melibatkan pembinaan sistem elektrifikasi, semboyan dan telekomunikasi bagi pengoperasian kereta api penumpang dan kargonya,” katanya semasa berucap di Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama ECRL di Tapak Stesen ECRL Seksyen 10 Gebeng di sini, hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis itu, yang turut menyaksikan keberangkatan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Selepas projek berkenaan siap sepenuhnya, Loke berkata penduduk di Pantai Timur akan menikmati lembaran baharu sistem pengangkutan negara yang antara lain membolehkan warga Kuantan tiba di Kuala Lumpur dalam masa satu setengah jam berbanding tiga jam di jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, Loke juga memaklumkan sehingga kini 23,000 pekerja terlibat dalam melaksanakan kerja di 1,900 tapak pembinaan sepanjang jajaran, manakala kerja pengorekan terowong menggunakan kaedah gerudi dan letup, telah mencapai penembusan 26 terowong sehingga kini.

“Pengorekan Terowong berkembar Genting sepanjang 16.39 kilometer (km) dengan kombinasi kaedah gerudi, letup serta mesin pengorek terowong, telah mencapai kedalaman hampir enam kilometer bagi kedua-dua bahagian terowong dan dijangka mencatat penembusan pada suku kedua 2025,” katanya.

Bagi peringkat kerja jejambat ECRL yang meliputi panjang 145 km, beliau berkata sehingga kini pemasangan rasuk jejambat telah disempurnakan pada jarak lebih 60 km.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Landasan ECRL dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor melibatkan pembinaan 20 stesen, merangkumi 10 stesen penumpang serta 10 stesen gabungan penumpang dan kargo, dengan tujuh di Pahang, Terengganu (enam stesen), Kelantan (dua stesen) dan Selangor (lima stesen).

“Kementerian Pengangkutan optimis bahawa Stesen KPC, Cherating, KotaSAS dan Paya Besar akan memeriahkan lagi pentadbiran daerah Kuantan yang mempunyai lebih 600,000 penduduk,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

The post Kemajuan Projek ECRL Capai Lebih 56 Peratus – Anthony Loke appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement