Hi, what are you looking for?

Mamak News

Kerajaan Cari Mekanisme Tangani Kenaikan Harga Ayam Segar, Telur


JASIN, 7 Jan (Bernama) — Harga ayam segar dan telur ayam mungkin naik selepas Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia tamat pada 4 Feb ini namun kerajaan akan mencari mekanisme bagi menanganinya demi kepentingan semua pihak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kerajaan akan mengkaji semula harga siling ayam bagi mengimbangi kebajikan antara pengguna dan penternak serta satu sesi libat urus bersama pelbagai agensi berkaitan diadakan semalam.

“Dalam sesi libat urus yang diadakan bersama pelbagai agensi termasuk Kementerian Kewangan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan persatuan penternak itu, kita mendengar keluhan penternak mengenai harga ternakan dan kos operasi yang dikatakan meningkat disebabkan kos import dedak ayam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Pengguna juga harus faham mengenai masalah ini sebab ia agak rumit. Bukan mudah nak letak harga rendah tapi penternak tak dapat keluarkan bekalan. Jadi kita akan bermasalah tiada bekalan nanti,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai di sini hari ini.

Nanta berkata harga kawalan ayam hingga 4 Feb di peringkat runcit adalah RM9.10 sekilogram namun mendapat keluhan daripada penternak yang bukan sahaja melibatkan kos tetapi tempoh skim kawalan yang terlalu lama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata kementeriannya akan mencari mekanisme terbaik bersama MAFI dan menjaga harga di peringkat runcit dan pemborong.

“Harga siling mungkin akan tinggi tetapi kita akan lihat dahulu sebab kita ada strategi lain seperti MAFI mengimport ayam dari luar. Kalau itu yang terjadi, harga tak perlu naik sebab ada persaingan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications