Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Kes Baharu Avian Influenza H3N8 Dilapor Dikesan Di China


Kes Baharu Avian Influenza H3N8 Dilapor Dikesan Di China

Satu kes baharu jangkitan H3N8 yang turut dikenali sebagai selesema burung dikesan di Guandong, tenggara China.

Kes berkenaan direkodkan di bandar Zhongstan yang menempatkan kira-kira 4.4 juta penduduk pada Ahad lepas, lapor Pusat Kawalan dan Pencegahan Wabak Wilayah Guandong.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan Anadolou Agency, jangkitan tersebut melibatkan seorang wanita berusia 56 tahun yang turut memiliki Multiple Myeloma dan pelbagai rekod kesihatan lampau.

Menurut blog Avian Flu Diary, kes jangkitan yang membabitkan wanita pertengahan usia tersebut merupakan kes ketiga di China sejak 2022.

Berdasarkan rekod, wanita tersebut pernah terdedah dengan haiwan ternakan ayam sebelum disahkan menghidapi wabak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, dia turut terdedah dengan kehadiran burung-burung liar di sekitar kawasan perumahannya, kata pihak berkuasa lagi.

Dalam pada itu, pihak kesihatan telah menjalankan siasatan epidemik berserta kawasan yang terlibat, pengesanan kenalan rapat, dan penghapusan haiwan-haiwan berkaitan susulan kes jangkitan tersebut.

“Tiada perkara abnormal yang ditemui pada kenalan rapat setakat ini” tambah pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, pusat kawalan dan pencegahan wabak di wilayah berkenaan percaya bahawa kes ini merupakan kes jangkitan secara sporadik. Mereka turut percaya bahawa risiko penyebaran masih di tahap yang rendah setakat ini.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa kesihatan menyeru orang awam agar mengamalkan beberapa langkah pencegahan wabak.

Antaranya, mengelakkan diri daripada mengendalikan haiwan unggas secara langsung dan mengambil langkah perlindungan secara peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka turut dinasihati agar peka terhadap tahap kebersihan makanan, mengasingkan daging mentah daripada daging yang sudah dimasak dan memasak daging sebelum memakannya.

“Mereka yang berdepan dengan masalah gejala pernafasan perlu memakai pelitup muka dan mendapatkan rawatan kesihatan dengan segera,” kata pusat kawalan itu lagi.

Memetik AFP. kes jangkitan pertama bagi wabak selesema burung H3N8 terhadap manusia mula dikesan pada 26 April 2022. Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun disahkan positif wabak tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengesahan dibuat selepas kanak-kanak berkenaan ditahan di hospital pada awal April 2022 kerana demam dan memiliki beberapa gejala lain.

BACA: Wanita Berhijab Jadi Hakim Mahkamah Agung Amerika, Angkat Sumpah Pakai Al-Quran

Sumber: Anadolu Agency

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement