Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Malaysia Kini Dalam Lingkaran Api Pasifik, Beberapa Kawasan Dikenal Pasti Akan Alami Gempa Bumi


Malaysia, termasuk Sabah dan Sarwak, kini terletak dalam Lingkaran Api Pasifik

Malaysia Kini Dalam Lingkaran Api Pasifik, Beberapa Kawasan Dikenal Pasti Akan Alami Gempa Bumi. Dilaporkan Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak, kini terletakan dalam Lingkaran Api Pasifik.

Perkara ini diumumkan oleh Prof Ir Dr Azlan Adnan, ketua penyelidik Kumpulan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

| Kampungmamakcom
Malaysia Kini Dalam Lingkaran Api Pasifik Beberapa Kawasan Dikenal Pasti Akan Alami Gempa Bumi

Berdasarkan kajian yang dijalankan sejak 25 tahun lalu

Menurut Prof Ir Dr Azlan, kajian yang dijalankan beliau sejak 25 tahun lalu menunjukkan bahawa Malaysia perlu bersedia menghadapi kemungkinan gempa bumi, kini negara itu kini terletak dalam Lingkaran Api Pasifik.

Lingkaran Api Pasifik adalah kawasan di Lautan Pasifik yang terdapat banyak gempa bumi dan gunung berapi. Ia adalah bulatan besar yang mengelilingi Lautan Pasifik, dan ia termasuk pantai banyak negara seperti Jepun, Indonesia dan pantai barat Amerika. Ia adalah tempat yang sangat aktif untuk gempa bumi, dan kebanyakan gempa bumi terbesar di dunia berlaku di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom
Gambar sekadar hiasan

Tambah Prof Ir Dr Azlan lagi, beberapa tempat telah dikenal pasti untuk bersedia khususnya Kuala Lumpur, Kuala Pilah di Negeri Sembilan, Manjung dan Temenggor di Perak, dan Kenyir di Terengganu.

Beliau juga mengenal pasti kawasan di Sabah dan Sarawak, termasuk Ranau, Lahad Datu, Kudat, Bintulu, Niah, dan kawasan berhampiran Miri, di mana gempa bumi sehingga 7 pada skala Richter boleh berlaku.

Malaysia pernah alami gempa bumi pada skala kecil

Walaupun Malaysia pernah mengalami gempa bumi sebelum ini, ia berada pada skala yang lebih kecil, seperti gempa bumi bermagnitud 4.6 yang berlaku di Empangan Tasik Kenyir di Terengganu pada tahun 1984.

Tambah beliau lagi, niatnya bukan untuk menakutkan orang ramai tetapi untuk menggesa semua orang, termasuk kerajaan, untuk mengambil langkah awal bagi mengurangkan kesan gegaran gempa bumi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lagi di sini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara boleh dianggap mendapat laluan selesa apabila diundi bertemu Singapura pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong berhubung kemelut dalaman yang...

Advertisement