Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

Manis bertudung, Reen Rahim bimbang istiqamah


PETALING JAYA – Sering tampil dengan imej seksi, pelakon jelita Reen Rahim mengejutkan netizen apabila memuat naik sebuah video yang menunjukkan dirinya tampil berhijab.

Menerusi perkongsian video dalam laman Instagram, Reen atau nama lengkapnya Noreen Ashikin Abdul Rahim dilihat sedang menjalani penggambaran sebuah produk dengan mengenakan busana sopan diacu tudung serba merah.

Menerima komen positif daripada netizen, Reen tampil menjelaskan dia berpenampilan sedemikian bagi memenuhi tuntutan tawaran sebuah syarikat yang ingin mengambilnya sebagai duta produk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Ada syarikat yang minta saya untuk menjadi ‘wajah’ untuk produk mereka, namun menyuruh saya memakai hijab.

“Pada mulanya mereka macam takut-takut untuk minta (berhijab), mungkin bimbang saya kecil hati, (tetapi) lepas mereka cakap, mereka terkejut dengan keterbukaan saya menerima cadangan itu.

“Jadi jika ada tawaran sebegitu, pastinya saya akan terima, mana tahu ini adalah antara asbab untuk saya terus menjadi manusia yang lebih baik dan tertutup auratnya,” jelasnya ketika dihubungi Kosmo Online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, aktres berusia 35 tahun itu menegaskan sudah lama memasang niat memakai tudung, namun enggan tergesa-gesa kerana bimbang tidak kuat untuk terus istiqamah.

“Dekat hati kita mesti kita ada niat nak jadi baik. Sekarang rasa (untuk berhijab) itu tidak konsisten dalam hati, saya tak mahu jika nanti tudung saya makin lama makin pendek dan akhirnya buka terus.

“Tapi jauh dalam sudut hati saya, saya berdoa suatu hari nanti Allah beri pengakhiran yang baik selain terus menjadikan hati saya dekat dengan Maha Pencipta,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa senang melihat penampilan Reen yang sopan selain mendoakan Reen dikurniakan hidayah Allah untuk menutup aurat sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sejuk mata memandang Reen, moga terus menutup aurat, saya faham setiap manusia perlukan masa, perlahan-lahan berubah apa salahnya kan?, Insya-Allah boleh tu,” komen seorang pengikut Reen dalam Instagram.

“Saya doakan Reen diberi hidayah oleh Allah untuk berhijab suatu hari nanti,” tulis seorang pengguna.

Terdahulu, Reen sentiasa mengundang kecaman dan tohmahan netizen apabila sering tampil dengan imej mencolok mata. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement