Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

PKR Umum Altimet Sebagai Calon Lembah Jaya Untuk PRN DUN Selangor


PKR Umum Altimet Sebagai Calon Lembah Jaya Untuk PRN Dun Selangor

Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mempertaruhkan bekas penyanyi rap, Altimet sebagai calon bagi kerusi N20: Lembah Jaya untuk Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Pengumuman Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad sebagai calon PKR itu dibuat dalam sesi Malam Pengumuman Calon Keadilan malam ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain bekas penyanyi rap itu, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dilaporkan bakal bertanding dalam PRN kali ini.

Amirudin yang merupakan Ahli Parlimen Gombak, bakal bertanding kerusi Dun N16 Sungai Tua.

Setakat ini, PKR mengumumkan seramai 20 orang calon yang mewakili parti itu untuk bertanding bagi kerusi Dun Selangor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

1. N09 Permatang: Mohd. Yahya Mat Sahri

2. N10 Bukit Melawati: Thiban Subramaniam

3. N11 Ijok: Amidi Abdul Manan

Advertisement. Scroll to continue reading.

4. N14 Rawang: Chua Wei Kiat

5. N16 Sungai Tua: Dato’ Seri Amirudin Shari

6. N18 Hulu Kelang: Juwairiya Zulkifli

Advertisement. Scroll to continue reading.

7. N19 Bukit Antarabangsa: Mohd Kamri Kamaruddin

8. N20 Lembah Jaya: Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad (Altimet)

9. N25 Kajang: David Cheong

Advertisement. Scroll to continue reading.

10. N32 Seri Setia: Fahmi Ngah

11. N33 Taman Medan: Ahmad Akhir Paw

12. N37 Bukit Lanjan: Phua Pei Lei

Advertisement. Scroll to continue reading.

13. N38 Paya Jaras: Khairuddin Othman

14. N39 Kota Damansara: Amin bin Yazid

15. N40 Kota Anggerik: Najwan Halimi

Advertisement. Scroll to continue reading.

16. N43 Sementa: Erni Afrishah Azizi

17. N46 Pelabuhan Klang: Azmizam Zaman Huri

18.N48 Sentosa: Gunarajah R George

Advertisement. Scroll to continue reading.

19. N49 Sungai Kandis: Zawawi Ahmad Mughni

20. N54 Tanjong Sepat: Borhan Aman Shah

Semalam, Barisan Nasional (BN) telah mempertaruhkan seramai 108 calon untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, calon-calon terbabit merupakan golongan memahami aspirasi Kerajaan Perpaduan

Pada PRN kali ini, Ahmad Zahid berkata 63 peratus calon BN adalah muka baharu, 18 peratus adalah penyandang dan selebihnya adalah mereka yang pernah bertanding sebelum ini, menunjukkan kesinambungan pelapis kepimpinan antara calon lama dan baharu, wanita dan pemuda parti itu.

BN mempertaruhkan 31 calon di Kelantan; 27 (Terengganu); 17 (Negeri Sembilan); 15 (Kedah); 12 (Selangor) dan enam di Pulau Pinang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Penantian Lebih 30 Tahun Terbalas, Bell Ngasri Bolot Dua Anugerah Berprestij

Sumber: Parti Keadilan Rakyat (PKR) via Facebook

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement