Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Puting Beliung Landa AS, 21 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini


Puting Beliung Landa AS, 21 Orang Dilapor Terkorban Setakat Ini

WASHINGTON — Angka kematian yang direkodkan susulan puting beliung yang melanda selatan-tengah dan timur Amerika Syarikat kini meningkat kepada 21 orang, lapor AFP.

Difahamkan, puluhan yang lain turut mengalami kecederaan dalam bencana yang berlaku sejak Jumaat lalu itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kematian mengikut kawasan 

Di Tennessee, jurucakap agensi pengurusan kecemasan memaklumkan kawasan tersebut merupakan salah satu negeri yang terjejas teruk akibat fenomena alam berkenaan.

Ia telah mengorbankan seramai tujuh mangsa akibat puting beliung kuat itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, 14 lagi kematian yang direkodkan adalah di Arkansas, (Mississippi) Alabama (selatan, dan Indiana) dan Illinois (Midwest).

Jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Illinois, Kevin Sur berkata, tiga orang dilaporkan maut apabila sebuah rumah runtuh dipercayai akibat dilanda puting beliung di daerah Crawford, di selatan Illinois.

Sementara pegawai kecemasan melaporkan seorang terkorban di Pontotoc County, Mississippi, dan satu di Madison County, Alabama dalam ribut yang berlaku semalaman itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Ribut AmerikaGambar: AFP

Puting beliung landa AS

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan turut mengeluarkan amaran puting beliung bagi beberapa negeri lain termasuk utara Iowa ke negeri selatan Mississippi.

Puting beliung yang membawa ribut petir, hujan batu dan angin kencang itu diramalkan berlaku hingga Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah perkhidmatan itu, ia juga mengeluarkan amaran angin kencang terhadap beberapa negeri tengah Atlantik.

“Tiupan angin boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 100 kilometer per jam (60 batu) di seluruh kawasan Appalachian, atas Lembah Ohio dan Mid-Atlantic hari ini,” maklumnya.

BACA JUGA: Ribut Taufan Freddy Badai Madagascar, Seorang Terkorban

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kawasan selatan-tengah dan timur Amerika Syarikat itu telah dilanda beberapa puting beliung pada Jumaat lalu.

Menurut Gabenor Negeri, Sarah Huckabee Sanders, sekurang-kurangnya lima orang dilaporkan terbunuh.

Jelas Sarah, angin kuat telah mengakibatkan sebahagian rumah musnah, kereta terbalik, tiang elektrik dan pokok tumbang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, beliau telah mengisytiharkan darurat dan menghantar anggota keselamatan untuk menjalankan proses baik pulih dan menyelamat.

Dalam pada itu, Presiden AS, Joe Biden berjanji bahawa kerajaan akan segera menghulurkan bantuan persekutuan.

Beliau berkata demikian sewaktu membuat kunjungan di bandar Rolling Fork di Mississippi yang terjejas akibat ribut berkenaan pada minggu lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Datuk Bandar Jennifer Hobbs, sewaktu memberitahu CNN berkata hampir separuh kerosakan dilaporkan berlaku dari timur ke barat (Bandar Wynne, di timur laut Arkansas).

Ketua Bomba Belvidere Shawn Schadle turut melaporkan satu kematian manakala 28 mangsa tercedera termasuk lima cedera parah dan kini segera dirawat di hospital.

Dianggarkan, lebih 610,000 rumah terputus bekalan elektrik pada hari Sabtu, maklum laman web poweroutage.us.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Disember 2021, bencana tersebut turut dilaporkan berlaku di Kentucky. Dalam tragedi itu, kira-kira 80 orang dilaporkan terbunuh.

Sumber: AFP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement