Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Mamak News

Rakyat Malaysia Diculik Sebelum Dibunuh Di Filipina – Bukit Aman


rakyat malaysia diculik

Rakyat Malaysia Diculik Sebelum Dibunuh Di Filipina – Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) — Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas, yang meminta wang tebusan sebanyak RM330,000.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata wang itu telah dibayar melalui aplikasi dompet kripto USDT namun pada 23 Okt, pihak berkuasa Filipina menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa di San Simon, Pampanga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dalam laporan itu menyatakan deskripsi fizikal dan tatu yang terdapat pada mayat berkenaan adalah sama dengan deskripsi fizikal serta tatu mangsa penculikan,” katanya pada sidang media khas JSJK hari ini.

Susulan itu, JSJK telah menerima permohonan pada 9 Nov lepas daripada Pejabat Atase Polis Malawakil Manila untuk membantu analisis terhadap aliran transaksi ke dalam dompet kripto milik seorang suspek dalam kes ini.

Beliau berkata analisis yang dijalankan telah berjaya mengesan aliran transaksi mata wang kripto itu yang dipindahkan ke satu daripada exchange yang tidak didaftarkan di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

BACA: Penganggur Dipenjara Enam Tahun, Disebat Kerana Rompak RM50 Milik Seorang Lelaki

“Hasil maklumat yang diterima daripada exchange itu mendedahkan identiti enam suspek warga asing yang dipercayai dapat membantu dalam siasatan kes penculikan dan pembunuhan berkenaan. Kesemua maklumat itu diserahkan kepada Pejabat Atase Polai Malawakil Manila untuk siasatan selanjutnya, “ kata beliau.

Ramli juga berkata sebanyak 10 laporan polis diterima berkaitan pelaburan forex membabitkan nilai kerugian RM4.7 juta sejak 1 Nov lepas dan siasatan awal mendapati laman sesawang yang mengendalikan pelaburan tersebut dipercayai beroperasi di luar negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Mangsa dalam kes ini dijanjikan pulangan modal dan keuntungan bulanan sebanyak lima peratus dari nilai pelaburan.

“Mangsa mendakwa yakin dengan pelan pelaburan tersebut setelah berkomunikasi dengan suspek melalui aplikasi Zoom,’’ katanya.

Beliau berkata pembayaran wang pelaburan dengan nilai RM437,253 hingga RM864,30 dibuat menerusi aplikasi Huobi dan berdasarkan analisis mata wang kripto, JSJK mengesan satu sindiket antarabangsa yang melakukan transaksi mencurigakan dengan nilai lebih RM1 bilion serta sedang mengambil tindakan susulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

The post Rakyat Malaysia Diculik Sebelum Dibunuh Di Filipina – Bukit Aman appeared first on Siakap Keli.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement