Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Sukan

Terlalu awal tentukan juara dunia


AUSTIN – Juara dunia MotoGP, Francesco Bagnaia percaya masih terlalu awal untuk meletakkan status pilihan bergelar juara buat mana-mana pelumba termasuk Marco Bezzecchi menjelang aksi perlumbaan Grand Prix (GP) Amerika Syarikat awal pagi esok.

Sebagai rekod, Bezzecchi telah mencipta sejarah peri­badi apabila muncul juara perlumbaan Grand Prix (GP) buat kali pertama dalam kariernya selepas mudah mendominasi saingan di awal bulan ini, sekali gus muncul pendahulu keseluruhan carta pelumba.

Namun, Bagnaia yang juga pelumba utama pasukan Ducati mengakui tidak wajar untuk meletakkan label selaku ‘bakal juara dunia’ kepada sesiapa sahaja kerana saingan baru memasuki perlumbaan ketiga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kita tahu kualiti yang ada pada Bezzecchi dan dia telah menunjukkan kepantasan tersendiri sejak dua GP lepas dan wajar diberikan perhatian. Namun, masih terlalu awal untuk meletakkan namanya dalam senarai calon juara dunia.

“Situasi ini disebabkan kita baharu memasuki perlumbaan ketiga musim ini dan saya juga tidak mahu dilabelkan sebagai pelumba pilihan. Apa yang lebih penting buat pasukan adalah untuk kekal rendah diri dan terus kompetitif,” katanya.

Sementara itu, pelumba yang lebih mesra dengan panggilan Pecco itu turut berharap tuah Litar Antarabangsa Austin dapat menebus kembali kekecewaan yang dialami pada GP Argentina selepas tersingkir awal kerana kemalangan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Saya telah melakukan kesilapan pada perlumbaan yang lepas kerana bukan mudah untuk bersaing dalam keadaan hujan. Namun, saya pasti situasi berbeza di AS dan Austin juga merupakan salah satu litar ke­gemaran saya,” katanya. – AGENSI


Sumber: Kosmo Sukan

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement