Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Teruja jadi ‘Live-host’ di Facebook, pempengaruh media sosial rugi RM16,799


SIBU – Keterujaan seorang pempengaruh media sosial di sini untuk menjadi ‘Live-host’ di Facebook bukan sahaja musnah, malah turut mengalami kerugian apabila wangnya sebanyak RM16,799 lesap dari dalam akaun.

Ia apabila wanita tempatan berumur 28 tahun itu terjerat dengan sindiket penipuan yang menawarkan kerja dalam talian itu.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata mangsa melihat iklan kerja kosong sebagai ‘Live-host’ di Facebook, yang menjanjikan komisen sebanyak RM1,000 sekiranya menjadi ‘Live-host’ minima 30 jam seminggu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berminat dengan tawaran itu, beliau berkata mangsa telah berhubung dengan akaun Facebook terbabit.

“Dia kemudian diminta untuk mendaftar maklumat peribadi serta dikenakan caj RM1 sebagai yuran pendaftaran dalam satu aplikasi bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan itu.

“Mangsa seterusnya mengisi maklumat peribadi perbankannya serta kata laluan untuk membayar caj pendaftaran berkenaan melalui aplikasi yang diberi namun aplikasi itu memberi mesej proses pembayaran tidak berjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebaliknya, mangsa menerima mesej notifikasi bahawa terdapat transaksi pemindahan wang berlaku tanpa pengetahuannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zulkipli berkata mangsa menyedari ditipu selepas mendapati wangnya berjumlah RM16,799 hilang dari dalam akaun.

Justeru, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan. – KOSMO! ONLINE

Advertisement. Scroll to continue reading.


Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement