Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom
#image_title

Lifestyle

U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia


U Mobile melancarkan rangkaian pelan prabayar dan pascabayar 5G yang baharu untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan

U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia. U Mobile, syarikat telekomunikasi yang memenangi Anugerah Amalan Terbaik Syarikat Perkhidmatan Mudah Alih Malaysia oleh Frost & Sullivan sebanyak lima kali, kini meluaskan rangkaian dan meningkatkan tumpuannya ke Malaysia Timur.

Hari ini U Mobile melancarkan rangkaian pelan prabayar dan pascabayar 5G yang baharu untuk penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan. Menerusi pilihan pelan U Postpaid Borneo 38, U Postpaid Borneo 68 dan U Prepaid Borneo 20 yang baharu, para pelanggan Malaysia Timur dapat menikmati nilai yang tiada tandingan dengan ciri-ciri terbaik serta kadar harga mampu milik yang merupakan sifat istimewa U Mobile selama ini.

U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia
U Mobile Lancar Pelan Prabayar Dan Pascabayar 5G Baharu Serendah RM15 Khas Borneo Malaysia

Pelan ini memberikan data 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had, hotspot tanpa had dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian

Bagi pelanggan yang mencari pelan pascabayar dengan semua kemudahan tanpa had pada harga yang tiada tandingan, pelan U Postpaid Borneo 38 kini ditawarkan pada harga promosi serendah RM28 sebulan. Pelan ini memberikan data 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had, hotspot tanpa had dan juga panggilan tanpa had ke semua rangkaian mudah alih tempatan.

Bagi mereka yang mencari pelan prabayar, U Prepaid Borneo 20 ditawarkan pada harga promosi serendah RM15 untuk data 5G sebanyak 2000GB dan data 4G sebanyak 120GB tanpa sebarang sekatan kelajuan. Pelanggan juga akan dapat menikmati hotspot dan panggilan tanpa had.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi pelanggan yang sedang mencari telefon 5G terkini, mereka boleh menggabungkan
pembeliannya dengan U Postpaid Borneo 68. Pelan yang berharga RM68 sebulan ini menawarkan data 5G/4G berkelajuan tinggi tanpa had, hotspot tanpa had dan juga panggilan tanpa had.

Tambahan pula, para pelanggan U Postpaid Borneo 68 juga akan mendapat data sebanyak 200GB sebulan bagi perantauan di tiga buah negara – Singapura, Indonesia dan Thailand.

“U Mobile telah mencapai kadar pertumbuhan yang ketara di Semenanjung Malaysia dan kami berharap untuk menikmati kejayaan yang sama di Malaysia Timur melalui peningkatan fokus kami di sana. Untuk menunjukkan komitmen kami, kami teruja untuk memperkenalkan pilihan pelan prabayar dan pascabayar baharu yang disediakan khusus untuk pelanggan kami di Malaysia Timur.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kami yakin pelan U Postpaid Borneo dan U Prepaid Borneo yang baharu ini akan menerima sambutan baik kerana kedua-duanya menawarkan nilai terbaik dengan ciri yang sukar ditandingi pada harga yang berpatutan. Data tanpa had, kelajuan tanpa had dan hotspot tanpa had memberikan fleksibiliti kepada pelanggan kami di Malaysia Timur untuk menikmati Internet Cara U melalui Rangkaian 5G No.1 di Malaysia,” kata Navin Manian, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile.

Navin seterusnya menekankan bahawa rangkaian pelan baharu ini hanyalah permulaan, dan lebih banyak lagi akan datang sebagai sebahagian daripaga peningkatan tumpuan U Mobile di rantau ini.

“Para pelanggan di Malaysia Timur akan mendengar lebih banyak berita baik daripada U Mobile. Kami mempunyai cita-cita tinggi untuk meningkatkan kehadiran dan perniagaan kami di Malaysia Timur sebagai sebahagian daripada strategi menyeluruh syarikat.”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain daripada pelan mudah alih serba baharu ini, U Mobile juga menawarkan U Home 5G, sebuah pelan jalur lebar untuk kediaman. U Home 5G memberikan pelanggan kelajuan ala fiber serta fleksibiliti, kerana pelan ini bebas kontrak. Pelan ini juga mudah kerana pelanggan tidak lagi perlu menetapkan janji temu untuk mengetuk dinding dan memasang port fiber. Pelanggan hanya perlu masukkan sim 5G dalam modem atau router yang serasi untuk menikmati pengalaman internet yang pantas. U Home 5G akan ditawarkan pada harga promosi RM68 sebulan (harga asal ialah RM78 sebulan).

Untuk maklumat lanjut tentang penawaran U Mobile yang terkini di Malaysia Timur, sila layari www.u.com.my/borneo.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca di pautan bawah:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Sukan

3s SHAH ALAM – Khabar duka buat kem badminton negara apabila dua jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong disahkan...

Sukan

3s SHAH ALAM – Skuad badminton lelaki negara boleh dianggap mendapat laluan selesa apabila diundi bertemu Singapura pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan...

Sukan

3s KUALA LUMPUR – Persekutuan Renang Malaysia (MAS) akan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan ratu terjun negara, Datuk Panela Rinong berhubung kemelut dalaman yang...

Advertisement