Hi, what are you looking for?

Sukan

(Video) Pemain Bola Sepak Thailand Ditamatkan Kontrak, Serang Pemain Lawan Guna Teknik Siku Muay-Thai


Seorang pemain bola sepak Thailand telah digugurkan dari kelabnya selepas bertindak memukul lawan menggunakan teknik siku Muay-Thai ketika perlawanan, lapor Daily Mail.

Pemain tersebut telah dirakam menyerang pemain lawan menggunakan pukulan siku pada minit kelima masa kecederaan dalam perlawanan liga divisyen tiga.

Mangsa difahamkan telah tersepak kaki penyerang tersebut semasa dia sedang mengejar bola yang keluar untuk throw-in.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ekoran daripada itu, pemain yang tidak dapat mengawal emosi tersebut telah berpaling dan mengejar mangsa sebelum melepaskan pukulan siku ke arah muka mangsa.

Akibat daripada tindakannya itu, pengadil segera melayangkan kad merah ke atasnya.

Mangsa dilaporkan terus digegaskan ke hospital dan memerlukan 24 jahitan akibat daripada impak pukulan tersebut.

Sementara itu, Bangkok FC dalam satu kenyataan berkata, pemain tersebut telah digugurkan daripada kelab itu.

“Bangkok FC ingin mengambil pendirian dan tidak akan menyokong tindakan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kelab ini telah membatalkan kontrak pemain tersebut. Kelab ingin mengucapkan takziah atas insiden itu dan akan melakukan segala yang mungkin untuk menghalang perkara ini daripada berlaku lagi.”

Bagi mangsa pula, pasukannya berkata: “Dia telah menjalani pemeriksaan fizikal di Hospital Bangpakok-Rangsit 2 selepas pemain dari Bangkok FC itu dengan sengaja menyerang mukanya.

“Selepas berjumpa doktor, mereka mendapati bahawa kawasan bibir atas mengalami luka yang teruk. Oleh itu, doktor telah menjahit sebanyak 24 jahitan untuk menutup luka tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kelab akan memberikan penjagaan dan bertanggungjawab.”

Sumber: Daily Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 KUALA LUMPUR – Keadaan hujan renyai mengiringi paluan berundur Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim...

Mamak News

0 Murid 11 Tahun Maut Ditimpa Palang Gol Ketika Aktiviti Kurikulum BINTULU, 29 Sept (Bernama) — Seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas...

Sukan

0 KOTA BHARU – Aksi perlawanan Liga Super Kelantan FC menentang Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad IV di sini hari ini, terpaksa ditunda...

Hiburan

0 “TERIMA kasih kerana selama ini telah membantu, menghibur, menjadi orang kepercayaan dan sumber kekuatan saya.” Demikian perkongsian kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa,...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications