Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Hiburan

[VIDEO] Peminat nak hadiahkan Bell Ngasri sebuah kereta


PETALING JAYA – Kejutan buat pelakon Bell Ngasri apabila bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

Khabar gembira itu diumumkan wakil syarikat tersebut ketika pemenang trofi utama Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) terbabit diundang ke konti Hot FM, pagi tadi.

Di hadapan barisan penyampai stesen radio itu, Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG dan Johan, individu tersebut membuat pengumuman yang disambut sorakan gamat satu konti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Apabila KJ dah sebut, meluap-luap hati ini nak ke depan (umum). Dengan ini saya mewakili syarikat ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” kata pemanggil bernama Fendi ketika berpeluang bercakap dengan Bell.

Sebelum itu KJ telah menyebut secara langsung mahu menuntut agar penggiat seni yang sudah 37 tahun menabur jasa itu diberikan kereta.

Katanya sambil bergurau, trofi kemenangan yang dibawa Bell termasuk untuk kategori, Artis Komedi Terbaik kemek disebabkan dia kecewa tahun ini tiada hadiah kereta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Begitupun, pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri itu berkata, diangkat sebagai Bintang Paling Popular dengan meraih pakej Umrah juga rezeki.

Daripada perbualan antara Fendi dan penyampai, nyata mereka telah berpakat memberikan kejutan kepada figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba itu.

Bell pula kaget seketika sebaik mendengar khabar gembira berkenaan dan hanya mampu menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi atas rezeki di luar jangkaan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Allahuakbar,” katanya.

Begitupun, dia tidak dapat dihubungi KOSMO! Online bagi maklum balas lanjut.

Jumaat lalu, fenomena Barkoba yang menjadi pencetus kempen melobi Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya menyaksikan aktor versatil itu mengungguli trofi utama ABP35.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bell yang terkenal dengan slogan ‘yak yak yeay’ mengetepikan calon lain yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi itu iaitu  Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Kemenangannya direstui semua termasuk netizen serta rakan artis yang terus melayangkan ucapan tahniah kepadanya hingga ke hari ini. – KOSMO! ONLINE


Sumber: Kosmo Online

Advertisement. Scroll to continue reading.
Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Sukan

3s SHAH ALAM – Kemenangan Malaysia melangkah ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 terpaksa dibayar harga mahal apabila kedua pemain...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

0 SHAH ALAM – Skuad badminton negara menepati ramalan mara ke pentas separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas bangkit mengatasi Singapura...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Bertahun menyimpan hasrat untuk memiliki perniagaan sendiri, aktor Zahiril Adzim bersyukur merealisasikan impian apabila membuka sebuah butik sebagai persediaan bersara...

Advertisement