Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Ambulans Dinaiki Terbabas, Doktor Dilapor Patah Tangan


Ambulans Dinaiki Terbabas, Doktor Dilapor Patah Tangan

KOTA BHARU — Seorang doktor dilaporkan patah tangan manakala pemandu dan seorang jururawat cedera selepas ambulans dinaiki mereka terbabas di Kilometer 15.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3.40 petang tadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, insiden itu menyebabkan doktor terbabit tersepit dalam kenderaan. Manakala pemandu ambulans yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Gua Musang turut cedera.

Tambah Choon Foo, kedua-dua mangsa yang berumur 28 tahun terpaksa menerima bantuan daripada anggota bomba. Ia bagi mengeluarkan mereka.

| KampungmamakcomGambar: Polis via Sinar Harian

Selain itu, seorang jururawat, 36, turut mengalami cedera ringan ketika berada di bahagian penumpang belakang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Anggota APM mengalami kecederaan di kepala manakala doktor patah teruk di tangan kiri,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ambulans Terbabas Longkang Elak Pacuan Empat Roda

Difahamkan, ambulans berkenaan baru sahaja selesai menghantar pesakit. Susulan itu, ia dalam perjalanan dari Hospital Kuala Krai menuju ke Hospital Gua Musang sebelum terlibat dalam kemalangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Choon Foo, pemandu ambulans terpaksa mengelak ke kiri berikutan sebuah pacuan empat roda secara tiba-tiba memasuki laluan ambulans sewaktu melalui selekoh kawasan tersebut.

BACA JUGA: Ada Fungsi Tersendiri, Ini Maksud Kod Warna Pada Tiub Ubat Gigi

Bagaimanapun, nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Akibatnya tayar ambulans tercabut serta melantun ke bahu jalan.

“Kenderaan tidak dapat dikawal lalu terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan sebelum melanggar tiang elektrik,” maklumnya lagi.

| KampungmamakcomGambar: Polis via Sinar Harian

Susulan itu, pihak polis Gua Musang sedang giat mengesan pemandu kenderaan terbabit yang dipercayai mengakibatkan ambulans tersebut terbabas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang bagi rawatan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebabkan memandu secara tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan jalan raya.

Jelas Choon Foo, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh tampil menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Gua Musang Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, orang awam boleh terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhamad Rahmad Zakaria di nombor 019-4742270 bagi membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel asal oleh: Siakap Keli

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Gara-gara salah ‘mendarat’ selepas menjaringkan gol perlawanan bola sepak, pergelangan tangan kiri pengacara Haziq Hussni patah sehingga perlu disimen. Kata...

Mamak News

3s Kuala Lumpur, 12 Disember – Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi...

Mamak News

6s Puas Hati, Ni Resipi Jelly Ball Yang Korang Boleh Cuba! Baru-baru ini tular di media sosial berkaitan manisan makanan yang digelar ‘jelly ball’...

Mamak News

3s Kenapa Diberikan Nama Diesel? Ini Penerangan Pak Haji Kalau isi minyak, selalu akan nampak dua bahagian di stesen minyak. Bahagian pertama adalah untuk...

Advertisement