Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Mamak News

Lelaki Kongsi Pengalaman Ditipu Scammer Resit Palsu, ‘Plot Twist’ Cerita Buat Netizen Kecewa Dengan Pihak Berkuasa


Seorang usahawan kek terpaksa menanggung kerugian RM19,000 selepas tersedar ditipu scammer apabila mendapati tiada sebarang pemindahan wang dilakukan oleh pelanggannya.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Gatdi mengatakan scammer ini menggunakan taktik edit gambar resit bank dan hanya menyedari sindiket itu selepas akauntan mereka menyemak transaksi perniagaan mereka.

Dia kemudian membuat laporan polis namun tidak menerima sebarang maklum balas susulan mengenai kes itu. Selepas seminggu, dia menerima ‘pelanggan’ yang sama dan bertindak membongkar sendiri taktik licik scammer tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

Berjaya tangkap scammer

Apabila mendapati pelanggan tersebut adalah scammer yang dicari, dia cuba ‘berunding’ meminta scammer tersebut membayar kesemua kerugian yang mencecah hampir RM15,000 pada waktu itu.

Namun, scammer mengatakan dia tidak dapat membayar wang sebanyak itu dengan memberi pelbagai alasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

Susulan itu, Gatdi membuat aduan kepada pihak polis dengan memberi segala bukti yang telah dikumpulkan. Dia memaklumkan mahu menyelesaikan kes mengikut prosedur selepas scammer terbabit berkeras tidak mampu membayar wang yang dicuri.

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

Polis minta selesaikan kes sesama sendiri

Selepas sampai di balai polis, mereka diberi pilihan untuk menyelesaikan kes sesama sendiri atau melalui prosedur mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, ahli keluarga scammer merayu agar kes tidak dibuka kerana ada tanggungan dan mahu membayar secaran ansuran.

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

Tidak percaya dengan janji scammer, Gatdi mahu teruskan dengan membuka kes tetapi pihak polis di situ tetap meminta pihak mereka berbincang semula dengan scammer.

Namun, Gatdi tetap berkeras mahu membuka kes namun maklum balas pihak balai mengejutkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

‘Suspek perempuan, kena jaga aib dia’

| Kampungmamakcom Df638b4d 48b3 4e0f bd36 a2201b582079

Polis kata suspek sudah kena reman

Polis memaklumkan kepadanya bahawa scammer terbabit ditahan reman selama empat hari untuk disoal siasat dan kes akan berlangsung dalam tempoh tiga ke empat bulan nanti.

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

Kata Gatdi, suspek telah pun dibebaskan dan hutangnya sebanyak RM15,000 tergantung begitu sahaja.

Ujarnya, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak polis dan pengawai penyiasat yang mengendalikan kesnya namun mengharapkan kes dapat pengadilan yang sepatutnya di mahkamah nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

| Kampungmamakcom Ditipu Scammer Resit Palsu

Ciapan tersebut mencuri perhatian netizen, rata-ratanya berasa kecewa diawal kes ini dikendalikan dan mendoakan agar kesnya dapat pengadilan sepatutnya.

Dalam pada itu, kisah ini perlu dijadikan pengajaran kepada para peniaga agar lebih berhati-hati dan menggunakan kaedah yang lebih selamat untuk transaksi wang.

Sumber: Twitter Gatdi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah mendedahkan sikap berdegil enggan mendengar nasihat suami mengakibatkannya menjadi mangsa scammer dengan kerugian mencecah...

Sukan

3s PENCABAR takhta Liga Hi Malaysia (MHL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) terus menunjukkan aksi meyakinkan selepas membelasah wakil China, Pasukan Hi Liaoning 13-1 pada...

Hiburan

3s PETALING JAYA – “Lawan tetap lawan.” Demikian luahan wanita bernama Nazatul Nazira yang berdepan saman daripada pelakon, Puteri Sarah membabitkan tuntutan berjumlah RM1...

Sukan

3s LONDON – Juara Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2020, Joan Mir mengakui saingan kali ini merupakan tahun paling getir dalam kariernya selepas bermula dengan...

Advertisement