Hi, what are you looking for?

rank Isteri Konon Ada Orang Telefon Tapi Tak Boleh Borak Depan Dia

Lawak

[VIDEO] Prank Isteri Konon Ada Orang Telefon Tapi Tak Boleh Borak Depan Dia


Isteri mana yang tak fikir bukan-bukan bila si suami jawab panggilan telefon tapi tak boleh nak bercakap depan isteri? Perlu ke lari jauh-jauh? Apa yang rahsia sangat tu eh?

Begitulah apa yang terjadi dalam video perkongsian lelaki ini yang hanya mahu ‘prank’ isterinya dengan menjawab panggilan olok-olok di depan isterinya.

Menurut video yang dikongsi di laman twitter oleh @akmalhizzat, dia yang sedang membuat rakaman video di dalam kereta bersama isterinya, kemudian secara tiba-tiba dia mendapat panggilan masuk untuk dia menjawabnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Fiza.. I dalam kereta ni, dengan wife..”

Selang beberapa ketika, dia keluar dari kereta lalu meninggalkan isterinya tertanya-tanya dengan siapakah dia sedang bercakap? Kenapa perlu lari jauh-jauh untuk menjawab panggilan?

Dalam video tersebut kelihatan isterinya menoleh ke belakang melihatnya yang sedang menjawab panggilan dari luar kereta. Tidak berpuas hati, isterinya turut keluar dari kereta untuk mendekatinya. Dia yang nampak isterinya sedang menuju kearahnya terus berlari dan kelihatan gelagat si isteri yang sedang mengejarnya.

“Bahaya betul buat macam ni 😰,” katanya di tweet tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Dengar cerita masih kena kejar lagi.. Betul ke bro?? 😂😂😂” — Netizen

Video tersebut membuatkan netizen berdekah melihat gelagat suami yang bergurau kasar dengan isterinya. Ramai juga yang berteka-teki dimanakah lelaki ini akan tidur pada malam nanti?

Macam-macam hal, harap mereka dah berhenti dari kejar-mengejar. Penat tu kalau masih belum berhenti lagi. Hehehe!

BACA: [VIDEO] Isteri Terbang Masuk Kereta Dapat Tontonan Lebih 8.8 Juta Views!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Teruskan Membaca

Mamak News

0 PETALING JAYA – Sebuah keluarga yang mempunyai tanggungan dua orang anak atau lebih memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sebagai perbelanjaan membeli barang basah atau...

Mamak News

0 Budak Empat Tahun Lompat Dari Tingkat 26 Guna Payung, Terpengaruh Teng Kartun Gara-gara terpengaruh teng kartun, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun bertindak...

Mamak News

0 SUNGAI PETANI – Tindakan seorang pemandu Grab berhenti di luar lorong kecemasan mengundang padah apabila dia maut dilanggar sebuah lori dalam kemalangan di...

Mamak News

0 Rumah Kongsi Lapan Pintu Musnah Dalam Kebakaran MELAKA, 29 Mei (Bernama) — Sebanyak lapan pintu rumah kongsi berkeluasan 3,962 meter persegi di sebuah...

Advertisement
KampungMamak.com We would like to show you notifications for the latest news and updates.
Dismiss
Allow Notifications