Hi, what are you looking for?

| Kampungmamakcom

Lifestyle

Selamba Jual ‘Pork Stick’ Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti


Tak jaga sensitiviti umat islam langsung!

Selamba Jual ‘Pork Stick’ Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti. Bagi umat islam, bazar ramadan merupakan acara yang ditunggu-tunggu setiap kali bulan puasa. Tidak kisah dimana anda berada sama ada di Malaysia, Brunei dan Singapura bazar ramadan boleh dikatakan salah satu tradisi setiap kali bulan puasa untuk mendapatkan juadah-juadah yang rare dan unik untuk berbuka. Ibarat ‘tak lengkap’ puasa kalau tak berkunjung ke bazar!

Hari ini, umat islam dikejutkan dengan satu kontroversi mengenai penemuan jualan daging babi di sebuah gerai bazar ramadan di Singapura. Kecoh mengenai insiden itu kerana isu tersebut merupakan isu sensitif lebih-lebih lagi melibatkan perkara haram dan halal.

| Kampungmamakcom Selamba Jual'Pork Stick' Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti
Selamba Jual Pork Stick Di Bazar Ramadan Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti Kredit <a rel=nofollow noopener target= blank href=httpswwwfacebookcomphotofbid=524940596495042set=a410157547973348>Facebook<a>

Beberapa gerai dilihat selamba jual daging babi

Menurut laporan Cocunut Singapura, di bazar Ramadan, pengunjung biasanya datang untuk membeli juadah makanan yang diketahui umum adalah halal.

Bagaimanapun, di Bazar Raya Utara di Marsiling, baru-baru ini difahamkan terdapat gerai menjual daging babi di bazar tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut catatan rasmi dari jawatankuasa kejiranan, “pada hujung minggu yang lalu, terdapat ketidakpatuhan di Bazar Raya Utara kami. Pejabat Kawasan Pilihan Raya Marsiling melaporkan bahawa terdapat penjual-penjual yang menjual daging babi di antara gerai-gerai yang lain”

| Kampungmamakcom Selamba Jual'Pork Stick' Di Bazar Ramadan, Netizen Geram Penganjur Tidak Jaga Sensitiviti

“Pihak penganjur telah berhubung dengan pengendali dan telah mengambil tindakan pembetulan segera untuk menghentikan penjualan daging babi.”

Kenyataan itu diakhiri dengan, “Akhir sekali, kami ingin memberi jaminan kepada semua penduduk dan pengunjung bahawa kami akan melakukan yang terbaik untuk menyediakan pengalaman Ramadan yang terbaik, ini termasuk persembahan pada hujung minggu dan juga juadah halal untuk umat Islam.”

Kenyataan itu tidak mendapat sambutan orang ramai, malah dikecam oleh orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebahagian netizen merasakan bahawa jawatankuasa kurang sensitiviti terhadap umat Islam memandangkan ia diperkenalkan sebagai bazar Ramadan.

Ini pula reaksi netizen

Setelah menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan pihak penganjur.

Tambah netizen, pihak penganjur sekadar mahukan keuntungan tanpa mengambil kira faktor halal dan haram.

Advertisement. Scroll to continue reading.
| Kampungmamakcom

Netizen juga menggesa agar bazar itu tidak dijenamakan sebagai bazar ramadan, tetapi sebagai ‘pasar malam’ untuk memberi peluang kepada gerai-gerai yang lain untuk masuk berniaga.

| Kampungmamakcom
| Kampungmamakcom

Baca lagi artikel terkini:

Artikel asal oleh: iloveborneo.my

Advertisement

Trending

Teruskan Membaca

Hiburan

3s PETALING JAYA – Berusaha melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali, pelawak Ali Puteh menjual satu persatu barangan peribadi termasuk...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Madu Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan sekali lagi menjadi bualan ramai apabila tular sebuah video memaparkan dia bersama suaminya,...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Selepas hampir setahun lebih menuntut bayaran baki hutang sebuah persembahan di Sabah, penyanyi Aiman Tino sudah hilang sabar dan tidak...

Hiburan

3s PETALING JAYA – Usahawan terkenal Datuk Seri Vida tidak dapat menahan rasa marah dan geram memikirkan perilaku anak pelakon Norman Hakim dan Abby...

Advertisement